Nuffnang

NASIB BAIK : Pesawat MAS MH132 Tidak Ikut Laluan Asal Sebelum Dikesan Juruterbang


New Zealand - Seorang juruterbang tertanya-tanya mengapa pesawat yang dikemudinya terbang menerusi arah yang salah pada hari sambutan Krismas di sini.

Keganjilan pesawat MAS MH132 yang berlepas dari Auckland, New Zealand untuk ke Kuala Lumpur itu bergerak lebih ke arah selatan  disedari oleh juruterbang.

Selepas 8 minit berlepas, juruterbang tersebut kemudian menelefon menara kawalan di Auckland untuk bertanya kenapa pesawatnya tidak bergerak secara terus ke Malaysia; seperti biasa.

Dia kemudian mengawal pesawat itu melalui laut tasman untuk kembali ke laluan asal ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, penumpang tidak diberitahu dengan apa yang berlaku.

Seorang jurucakap Airways berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian berlaku.

Difahamkan, pelan penerbangan pesawat itu disediakan oleh Airways, pihak yang bertanggungjawab memberikan pelan laluan kepada pesawat-pesawat di New Zealand.

Pakar penerbangan New Zealand, Peter Clark memuji tindakan juruterbang yang mengemudi pesawat tersebut.


"Juruterbang itu telah melakukan satu kerja yang baik dengan peka akan keganjilan itu, bertanya kepada menara kawalan dan tidak secara membuta tuli terbang dan berakhir di Laut Selatan.", katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top