Nuffnang

MANA NAK LETAK MUKA? ADUN Lari Dari Bayar Hutang!!!


Seorang ahli perniagaan meminta seorang Adun DAP membayar segera hutangnya yang masih berbaki RM150,000. Datuk Chan Swee Teik kesal kerana Adun DAP yang dikenali sejak 2012 itu bukan sahaja tidak mengaku meminjam wang dengannya tetapi seringkali cuba melarikan diri dan mengelak untuk membayarnya.

Beliau yang membuka perniagaan menjual barangan elektrik terpakai berkata, sejak mengenali Adun DAP itu, dia mula berani meminjamkan sejumlah RM10,000 dan memberinya secara tunai atas dasar mempercayainya.

“Jika diikutkan, dia pinjam lebih RM200,000 tetapi bagi memudahkannya membayar saya genapkannya menjadi RM200,000 sahaja.

“Dia bayar RM50,000 pada Tahun Baru Cina dua tahun lalu, namun bakinya (RM150,000) sehingga sekarang belum dilangsaikan. Selepas itu,  dia ada pinjam lagi tetapi untuk memudahkannya, saya anggap dia hanya pinjam RM200,000,” katanya kepada media di sini semalam.

Menurutnya, wang itu dipinjam sejak 5 Mei 2013, namun hingga hari ini belum dilunaskan sepenuhnya.

“Malah dia nafi ada meminjam wang dari saya. Bermacam-macam alasan yang diberikan apabila saya menuntut semula wang saya,” katanya.

Swee Teik kecewa kerana Adun itu ada memberinya cek sebagai cagaran RM20,000 kononnya boleh ditunaikan selepas projeknya selesai.

“Dia datang selepas Tahun Baru Cina 2014 untuk meminjam wang RM20,000. Dia beri saya dua keping cek masing-masing bernilai RM10,000 sebagai cagaran untuk meminjam dengan saya.

“Namun hingga sekarang, dia tidak menghubungi saya untuk memberitahu projeknya sudah selesai. Saya dapat tahu, projek itu selesai pada 12 Februari tahun lalu,” katanya.

Beliau mengakui memberi pinjaman itu tanpa dokumen hitam putih dan secara tunai kerana mempercayai Adun itu sebagai rakan.

“Jika saya tahu perangainya begini, saya tidak akan beri duit kepadanya. Jika benar tidak mampu bayar, datang jumpa dan bincang. Jangan tipu dan melarikan diri.

“Kali terakhir saya berjumpanya Oktober tahun lalu. Pada masa itu, dia meminta saya tunggu sehingga sidang Dun selesai untuk melangsaikan hutangnya,” katanya.

Swee Teik pernah meminta pertolongan  pihak atasan DAP negeri namun tidak berjaya.

“Saya ada meminta mereka menyelesaikan masalah saya ini, namun gagal. Saya adalah antara individu yang sering bantu dia dan DAP negeri tetapi apabila dalam kesusahan, tiada siapa mahu tolong saya.

“Pelbagai cara saya gunakan untuk mendapatkan semula wang saya, semuanya gagal. Akhir sekali, saya minta pekerja saya berjumpa dengannya, tetapi dia pula buat laporan polis mendakwa keselamatannya terancam,” katanya.

Swee Teik juga kecewa kerana dalam laporan polis, Adun itu menuduhnya sebagai ceti haram (ah long) sehingga dipanggil polis dua minggu lalu untuk diambil keterangan.

“Setelah saya tunjuk lesen perniagaan yang sah kepada polis, saya akhirnya dilepaskan. Saya juga ada membuat dua laporan polis berhubung kes ini iaitu pada 24 dan 29 Disember lalu,” katanya.

Beliau berharap dengan pendedahan ini,  pemimpin DAP peringkat nasional seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dapat membantu menyelesaikan masalahnya.

“Saya hanya mahu wang saya. Pulangkan wang saya RM150,000. Saya tidak mahu beri tempoh kepada dia, tetapi sekurang-kurangnya ada maklum balas.

“Jika masih enggan menyelesaikan masalah ini dengan baik, saya tidak teragak-agak untuk membawa kes ini kepada muka pengadilan,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top