Bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pernah mendedahkan bahawa punca beliau keluar DAP pada Mei 2012 salah satunya disebabkan rasuah dalam parti itu yang cukup teruk.
Tunku Abdul Aziz, bekas Naib pengerusi Transparency International hanya mampu bertahan selama empat tahun dalam parti itu selepas dijemput oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyertai parti itu pada Ogos 2008.
“Punca saya ambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuh yang amat teruk di dalam parti itu. Ini antara sebab utama selain saya tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH yang dianjurkan Pakatan Rakyat(PR).
“Perhimpunan BERSIH itu bagus tetapi apabila mereka melanggar undang-undang, itu yang buat saya tidak bersetuju,” katanya.
Tunku Abdul Aziz berkata, rasuah bermaharajalela di dalam parti itu sedangkan di khalayak umum pemimpin DAP mmelaungkan slogan anti rasuah.
“Saya sertai DAP kerana dijemput oleh Lim Kit Siang. Masa itu,beliau selalu mengatakan DAP tidak ada rasuah namun setelah dua bulan berada di dalam parti itu, saya sedar, ia hanya omong kosong sahaja.
“Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat.Saya dah kena,dan saya ingat saya saja yang kena, rupanya ada lagi yang kena macam saya,”katanya.
Tunku Aziz juga turut mendakwa bahawa Lim Kit Siang telah menjadikan DAP sebagai parti keluarga dengan menggunakan agenda sendiri di dalam mentadbir parti itu. - AIDCNews
Kalau adalah rakyat yg percaya ada parti politik yg tak amalkan rasuah sesungguhnya dia adalah manusia terbodoh di atas muka bumi ini.. Bezanya byk atau sikit..rasuah tetap rasuah.. Hidup dialam realiti bro..
BalasPadam