Polis hari ini menasihati orang ramai supaya sentiasa menyimpan harta peribadi mereka di tempat yang selamat dan sentiasa boleh diawasi.
Tindakan itu bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sindiket atau individu yang mendakwa boleh mengubah nasib malang orang ramai dengan menggunakan ritual tertentu.
“Sindiket akan meminta mangsa memasukkan segala hartanya tadi di dalam sehelai kain yang diikat untuk upacara ritual sebelum kain asal tadi ditukar kepada kain yang lain bagi menggaburi mata mangsa.
“Mangsa kemudiannya diarahkan membuka kain tersebut di rumah dalam tempoh beberapa hari setelah ritual dijalankan.
“Mangsa yang kemudiannya telah mendapati dirinya ditipu serta mengalami kerugian, gagal mengesan kembali bomoh ritual terbabit,” kata polis dalam kemas kini di Facebook.
Sehubungan itu, polis juga menasihatkan orang ramai jangan sesekali menyerahkan wang atau harta mereka kepada mana-mana individu yang tidak dikenali bagi sebarang tujuan.
Mereka juga diminta jangan sesekali mempercayai perkara-perkara khurafat yang boleh memudaratkan serta segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan sindiket itu.
Bagaimanapun dalam posting itu, pihak polis tidak menyebut sama ada penipuan itu sedang berleluasa ataupun pihaknya sedang memburu mana-mana kumpulan yang terbabit dengan sindiket tersebut.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....