Nuffnang

PANAS!!! Tun Mahathir Sedia "Dipancung" Untuk Tukar PM


“Bila kamu ambil risiko, kamu sedia untuk dipancung,” kata bekas perdana menteri keempat itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berkata beliau sedia ditangkap atau dituduh di mahkamah susulan kenyataannya bahawa pemimpin Umno mengambil rasuah yang dibuat dalam himpunan BERSIH 4 lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan siasatan terhadapnya yang akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim pada 7 Julai berkata kertas siasatan kes itu berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu daripada tarikh itu.

Keterangan yang diambil bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu 1MDB.

Ditanya sama ada polis akan menahan Dr Mahathir, Noor Rashid berkata ia bergantung kepada keadaan dan hasil siasatan yang dijalankan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui keutamaan beliau adalah untuk menukar Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri bukannya Umno, mahupun sistem kerajaan.

"Keutamaan saya adalah untuk memastikan Najib berundur," 

Beliau mengulas kenyataam Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk S Ambiga yang mencadangkan bahawa masyarakat awam perlu menimbang bekerjasama dengan Mahathir, jika bekas perdana menteri itu bersedia mahu mengubah sistem dan menyingkirkan Umno.

Dr Mahathir bagaimanapun mempertahankan Umno sebagai parti yang baik.

"Umno tidak rasuah, hanya orang dalam Umno yang rasuah," kata beliau sambil menambah bahawa mereka dalam Umno mahu sesuatu daripada parti.

"Setakat yang saya tahu, melainkan jika kepimpinan itu diubah, jangan harap akan ada perubahan," katanya.- SUMBER


JALAN BUNTU 

Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan mengamuk dan kecewa dengan para 'askar upahan siber' yang dibayarkan kerana masih gagal mewujudkan momentum besar untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Mahathir dikatakan berang apabila gerakan memaksa Najib untuk berhenti seakan bertemu jalan buntu.

Tambah sumber tersebut, 'askar upahan siber' yang dibayar juga dilihat mampu untuk mewujudkan sentimen kebencian seperti yang diharapkan.

Ini kerana ketika gerakan menyngkirkan Pak Lah suatu ketika dahulu, Mahathir tidak memerlukan masa yang lama untuk memaksanya untuk berhenti.

Pemimpin UMNO khususnya ahli majlis tertinggi dan Ketua Bahagian pada ketika itu, dilihat begitu mudah terpengaruh untuk turut serta dalam gerakan membuang Pak Lah.

Berbanding era Najib, mereka dilihat seakan bersatu menyokong kepimpinan Presiden parti.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun Najib dilihat semakin kuat ditambah dengan sokongan PAS yang dikatakan agak mesra dengan Putrajaya.

Mahathir sedar dengan sokongan tersebut, rakyat akan melihat Najib sebagai pemimpin yang berjaya mewujudkan perpaduan antara masyarakat Melayu dan Islam yang merupakan golongan terbesar di negara ini.

Sumber tersebut turut mendedahkan, Mahathir ketika perjumpaan bersama jentera‪ #‎undurNajib‬ baru-baru ini menggesa agar semua 'askar upahan siber' yang dibayar itu untuk melipat gandakan usaha agar masyarakat terus membenci Najib.

Ini kerana dengan cara itu sahaja, ahli majlis tertinggi dan ketua-ketua bahagian terpaksa akur dengan desakan untuk memaksa Najib berundur.

Share this article

4 Komen:

  1. Dia tak ambil rasuahke masa pemerintahan dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa zaman dia lah paling 'suci' kot.. sebab itu BPR (Badan Pencegah Rasuah) senyap je.. maklumlah di kawal.. lepas tu banyak konsesi2 pelik2.. cerdik mcm xde rasuah.. tp dialah bapak rasuah!

      Padam
  2. Dia tak ambil rasuahke masa pemerintahan dia..

    BalasPadam
  3. "Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan mengamuk dan kecewa dengan para 'askar upahan siber' yang dibayarkan kerana masih gagal mewujudkan momentum besar untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri." (SUMBER)

    inilah rupa perut sebenar Tun, bukan soal perpaduan Melayu yang dia fikirkan tetapi soal tamak kuasa dan percaturan politik untuk terus mencengkam UMNO mengikut telunjuknya

    Pembangkang tak perlu kerja keras, orang besar dlm UMNO yang akan buat kerja2 teras untuk reputkan UMNO dari dalam.. memang tepa andaian kita tidka sikit wang dihabiskan oleh Tun dan kumpulannya untuk wujudkan fitnah dan perang saraf menjatuhkan Najib..

    apakah dengan car abegini keberkatan akan ada jika Najib ditumbangkan? Dan pemimpin jenis apakah yang akan naik pula selepas menggunakan jalan kotor ini?

    FIKIRLAH jangan sampai Tuhan Maha Esa datangkanm BENCANA.. nauzubillah!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top