Nuffnang

GEMPAR : Pejabat KKM Terima Serbuk Putih Misteri


Kakitangan Kementerian Kesihatan di Kompleks E7, Putrajaya hari ini digemparkan dengan penemuan satu bungkusan yang dipercayai mengandungi serbuk berbahaya.

Memetik laporan Harian Metro, bungkusan pos ekspres mengandungi bahan berbahaya tersebut telah dihantar ke alamat pejabat Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam di tingkat 13 bangunan berkenaan.

Menurut mereka, bungkusan berkenaan telah diterima oleh seorang kakitangan wanita kira-kira 3.15 petang, sebelum dibuka dan menemui serbuk putih sebelum menghubungi pihak bomba dan polis.

Hanya kakitangan di tingkat 13 dipindahkan dari kawasan berkenaan

Ketika ini, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) serta Pasukan Kecemasan dan Menyelamat (EMRS) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang mengenal pasti kandungan sebenar bungkusan itu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top