Nuffnang

PEMBELOT!!! Tiada Maaf Bagimu - Ismail Sabri


Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri memberi amaran kepada pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) yang terlibat dengan pemimpin pembangkang dalam rancangan menjatuhkan kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, pemimpin yang didapati terlibat dengan komplot itu akan dikenakan tindakan tegas kerana ini merupakan satu perkara yang amat serius.

Katanya, tiada maaf bagi pemimpin komponen BN yang berkomplot bersama pemimpin pembangkang mahu menggulingkan kerajaan.

Justeru itu, Ismail Sabri mahu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan mengenai pemimpin yang terlibat dalam komplok ini untuk dikenakan tindakan tegas.


"Kita tunggu pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri mengenai tokoh-tokoh politik ini," kata Ahli Parlimen Bera itu.

Zahid pada Sabtu lalu memaklumkan terdapat pemimpin dari BN yang telah menjadi dalang bersama pemimpin pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui jalan belakang.

Zahid berkata, beliau tahu mengenai pemimpin tersebut berdasarkan maklumat yang diterima oleh orang dalam yang tahu pergerakan komplot ini dan bukannya dari tepi jalan.

"Maklumat yan saya dapat ini sahih, bukan maklumat tepi jalan dan maklumat ini saya peroleh daripada orang yang hadir mesyuarat itu sendiri," kata Zahid.

Dengan makluman oleh timbalan perdana menteri itu, terdapat beberapa pemimpin Umno yang mempertikaikan dakwaan Zahid itu dengan mengatakan ianya sebagai satu dakwaan yang serkap jarang dan merosakkan parti.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top