Nuffnang

KANTOI!!! Dana Politik Kit Siang Dan DAP Didedahkan!!!


Dap pun terima wang derma dari luar negara.. tapi mereka sorok dan tidak pernah dedahkan.


Wang mereka dapat cukup banyak seperti mana yang didedahkan oleh Mohamed Razali masakan tidak mereka mampu membeli banggunan dalam tempoh yang amat singkat.

Kempen pilihanraya Dap juga amat hebat dengan lori “Ubah” dan juga material percetakan dan elektronik serba mewah dan mahal.

Seperti yang semua orang tahu Tokong Dap tidak pernah bercakap benar.. jika ada penafian perlu diperiksa pasti ada belitnya..

Pokok pangkal 1MDB tak rugi.. tuduhan kononnya Najib gelapkan duit 1MDB pun tak benar..

Sekarang bila fitnah mereka gagal buktikan didevertkan pula Najib terima wang derma dari timur tengah..

Mana satu ni? 
"KENYATAAN Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa parti itu tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak penubuhannya dalam portal Malaysia Kini hari ini memang meragukan. Hal ini kerana terdapat percanggahan maklumat dengan kenyataan bekas orang kanan DAP, Mohamed Razali Bin Abd Rahman yang mendakwa DAP sememangnya menerima dana dari negara luar sejak dari tahun 2008 lagi. 

“DAP terlalu berahsia tentang dana politik yang diperoleh mereka sedangkan banyak dana politik mereka datang dari negara-negara eropah, seperti Belanda, Sweden, United Kingdom selain Australia, Amerika Syarikat, seingat saya dalam 7-8 negara” Ujar Mohamed Razali. 

Mohamed Razali berkata DAP tidak menggunakan akaun parti sendiri tetapi menggunakan proksi untuk menyalurkan dana politik tersebut supaya tidak dapat dikesan Bank Negara dengan mudah.

“Mereka menyalurkan wang tersebut secara sedikit demi sedikit agar sukar dikesan dan proksi tersebut tahu bila masa yang sesuai dan selamat untuk memasukkan wang tersebut.” 

Dengan menggunakan proksi, memang sukar untuk mengesan sebarang perkaitan antara mereka. Patutlah Kit Siang begitu berani berkata jika DAP telah menerima hanya satu ringgit pun dana asing, mereka akan dituduh sebagai ejen dan alat kuasa asing. 

Mohamed Razali berkata beliau sendiri terkejut melihat orang asing yang tidak pernah dilihat sebelum ini tiba-tiba muncul di ibu pejabat DAP pada 2008. 

“Tiba-tiba selepas 2008 DAP menjadi sebuah parti yang mempunyai kewangan yang terlalu kukuh, contohnya DAP hanya memerlukan dua tahun bagi membina bangunan ibu-pejabat negeri di Pulau Pinang, sedangkan Gerakan dulu ambil masa 12 tahun untuk bina ibu pejabat mereka .” katanya dalam satu temubual. 

Ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan jumlah dana asing yang diterima oleh Umno dan BN semasa kempen pilihan raya umum lepas namun dana DAP sendiri dari luar negara dinafikan bermati-matian. Dimana keikhlasan DAP? 
- SUMBER 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top