Nuffnang

KOMPLOT GULING KERAJAAN : Bukti Surat Akuan Bersumpah


“Bukti yang ada pada saya adalah bukti surat aku janji (akuan bersumpah) disiapkan untuk ditandatangani, bukan sahaja oleh 87 Ahli Parlimen pembangkang, satu daripada Bebas dan mereka mensasarkan 37 daripada Ahli Parlimen BN. Saya tidak akan biarkan hal ini terjadi,” - Zahid Hamidi.

Media juga melaporkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi yang mempunyai bukti mengenai komplot tersebut iaitu dokumen akuan bersumpah yang menyasarkan 37 Ahli Parlimen BN.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, dokumen itu juga disiapkan untuk ditandatangani oleh 87 Ahli Parlimen pembangkang dan satu daripada Bebas.


DS Zahid Hamidi juga memberi amaran kepada Mahfuz Omar yang mendakwa beliau sengaja mereka cerita komplot menggulingkan kerajaan serta kewujudan dokumen akuan bersumpah.

“Mahfuz jangan celupar. Jaga baik-baik mulut. Jangan buat analisis sendiri. Saya ada bukti, saya ada dokumen mengenai kamu (Mahfuz). Kalau saya hendak ambil tindakan, boleh. Jangan cabar saya. 

“Saya tahu hendak buat macam mana. Saya bukan menyalahgunakan kuasa, tetapi jangan mempertikaikan kemampuan Kementerian Dalam Negeri dalam memperoleh maklumat yang sahih dan sah. Ini bukan soal politik yang boleh dianalisis dan dipertikaikan,” tegasnya.

Zahid juga berkata, pemimpin UMNO yang berhasrat bergabung dengan Ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan serta menjatuhkan pemimpin negara kini telah kembali sedar daripada hasutan dahsyat itu.

Katanya, pemimpin terlibat itu dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 6 petang ini bagi menjelaskan pendirian mereka. 

“Saya tegaskan maklumat yang saya peroleh ini adalah sahih, bukan maklumat tepi jalan. Maklumat ini saya peroleh daripada individu yang hadir dalam mesyuarat itu sendiri,” jelasnya. 

Zahid berkata, jika beliau tidak timbulkan perkara itu, lebih ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan ‘dibeli’ untuk tujuan tersebut. 

“Saya timbulkan perkara itu kerana saya ada bukti. Kalau saya tidak lakukan dari sekarang, mungkin lebih ramai Ahli Parlimen BN telah dibeli dengan menandatangani aku janji tersebut,” tegasnya. 

Zahid berkata, memang ada rancangan meminta Ahli Parlimen BN supaya ‘menyeberang’ dan bersama dengan pembangkang melalui cara menandatangani surat akuan bersumpah untuk menggulingkan kerajaan sedia ada. 

"Ya, saya kenal siapa peguam yang menyediakan dokumen itu dan saya tidak perlu sebut nama peguam itu, (dia) bukan peguam kita.
“Saya tidak boleh sebut nama, tetapi maklumat dan rancangan jahat itu adalah betul. Ini bukan cubaan, tetapi ini adalah betul-betul,” jelasnya. 

Katanya lagi, beliau tidak perlu mendedahkan individu yang terlibat kerana orang berkenaan akan timbul dengan sendirinya kelak.

Dakwaan tentang 20 orang pemimpin BN yang terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan BN ini telah menyaksikan beberapa pemimpin UMNO menafikan penglibatan mereka. 

Sebelum ini, Bernama telah melaporkan bahawa satu video yang mendedahkan komplot beberapa pemimpin pembangkang dan pengendali Sarawak Report bagi memburukkan DS Najib Tun Razak telah diserahkan kepada polis. 

Video itu adalah bukti pelan jahat mereka yang digelarkan ‘Mission to criminalise Datuk Seri Najib Tun Razak and 1MDB’.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top