Sejak akhir-akhir ini pelbagai cerita yang dihidangkan di media mengenai "perselisihan" antara Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan YAB Perdana Menteri ketika ini, Dato Sri Mohd Najib Tun Abd. Razak.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menafikan dakwaan hubungannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Abdul Razak sedikit terjejas ekoran kenyataan yang dilemparkan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan kerajaan sejak akhir-akhir ini.
Mukhriz berkata, susulan pelbagai kritikan yang disuarakan oleh bapanya terhadap Najib, segelintir pihak membuat tuduhan berlakunya krisis di antara dirinya dan kepimpinan tertinggi UMNO.
Namun begitu, beliau ingin menegaskan perkara tersebut sedikit menjejaskan hubungan diantara mereka kerana kenyataan Tun Mahathir bersifat peribadi tanpa melibatkan mana-mana pihak termasuk dirinya.
“Saya memberi jaminan kepada tuan-tuan dan puan-puan supaya jangan bimbang mengenai cakap-cakap yang tengah bergerak ketika ini khususnya mengenai hubungan saya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dengan kepimpinan di peringat kebangsaan.
“Tengok pada keadaan kelmarin, kami sangat mesra dan tiada masalah di antara saya dan kepimpinan parti.
“Ini penting kerana, yang kita letak di hadapan adalah parti.
“Tidak timbul langsung masalah kepentingan peribadi walaupun ada timbul isu-isu yang mengaitkan hubungan saya dengan Perdana Menteri, “ katanya ketika berucap di pergulungan Majlis konvensyen UMNO Negeri Kedah hari ini.
Beliau berkata, isu tersebut telah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang bertujuan untuk menjatuhkan UMNO pada pilihan raya nanti.
Menurut Mukhriz, UMNO mempunyai kaedah tersendiri dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul dikalangan ahli parti dan ia dilakukan tanpa melibatkan mana-mana pihak khususnya ‘orang ketiga’.
“Tidak perlu terikut-ikut dengan dakyah pembangkang untuk melaga-lagakan kita yang dilabelkan ‘Jemuan’ oleh Perdana Menteri.
“Ini semua karut dan jangan percaya.
“Jika ada masalah, ada cara tersendiri untuk selesaikan masalah tanpa melibatkan orang lain,” tambahnya lagi.
Kata Mukhriz, UMNO Kedah sangat optimis akan membantu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Kedah akan menyumbang kemenangan besar terhadap Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada pilihan raya akan datang,” ujarnya lagi.
– UtaraNews.com / Mohd Shahir Shukor
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....