Nuffnang

BN BABI!!! Penjawat Awam KKM Kantoi Di FB!!



Muka dah cantik, tapi sayang budi bahasa macam harrr.....

Seorang individu memuat naik kenyataan menentang kerajaan secara terbuka di laman Facebook dikecam oleh netizen yang menganggap gadis itu biadab dan tidak wajar diungkap oleh kakitangan awam.

Menerusi gambar-gambar yang tersebar di laman Facebook itu, individu terbabit dikatakan bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Atendan Kesihatan.

Individu yang menggunakan nama Zara Bella memuat naik kenyataan "BN (Barisan Nasional) babi," di Facebook dan juga turut mendakwa kerajaan BN adalah zionis.

"Pui.. adik beradik aku tak join rejim zionis tu la. Ko yang bangang tu yang sokong. Teruskan menjilat buntut Najib," katanya.

Tindakannya itu mengundang rasa tidak puas hati sesetengah netizen sehingga menyebabkan pertelingkahan di antara mereka. 

"Kerja dengan kerajaan, makan hasil kerja dengan kerajaan tetapi mulut bacul. Harap muka saja lawa, tetapi budi bahasa hancur," kata seorang kakitangan awam yang turut kesal membaca kenyataan yang tidak bertanggungjawab wanita terbabit.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian kami, tuan empunya gambar dan akaun Facebook tersebut mendakwa gambar serta namanya telah digunakan oleh orang lain untuk tujuan memburuk-burukkan Barisan Nasional.


Dakwanya lagi, dia terpaksa menanggung akibat dari perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu apabila laman Facebooknya diserang oleh ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan 'kontroversi' itu.

Gambar-gambar yang tersebar itu disebarkan oleh pengendali page UMNO Era Baru, menyebabkan wanita itu dikecam teruk di laman sosial. Bagaimanapun gambar-gambar mangsa telah diturunkan oleh pengendali page berkenaan setelah mangsa menghubungi mereka.

Akan tetapi, menurut sumber yang menghubungi kami mendedahkan, wanita itu sebelum ini kerap melontarkan komen² yang bercanggahan dengan kerajaan di laman-laman Facebook sama ada group atau page.



Untuk pengetahuan, mana-mana penjawat awam adalah dilarang terlibat dalam hal-hal politik seperti mana yang telah ditetapkan dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Pekeliling ini juga terpakai pada kerajaan yang 'baru' seandainya kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. 

Sebelum ini telah dinyatakan dalam kenyataan media bahawa hanya pegawai kerajaan gred 41 ke atas saja yang dibenarkan terlibat dalam hal-hal politik. Bagi pegawai di bawah gred 41 adalah ditegah dari terlibat dari sebarang hal-hal yang berkaitan dengan mana-mana parti politik.

- SUMBER
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top