Usaha terancang DAP akhirnya terbongkar!!!!
Aishah Tajuddin seorang pengacara radio swasta BFM, bukan sahaja melahirkan rasa tidak setujunya terhadap Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2015), bahkan beliau juga secara tidak langsung mempamerkan kebodohan dan kebiadapan beliau sebagai seorang yang beragama Islam.
Berlatarbelakangkan anak seorang Profesor, adalah tidak mungkin dia akan mengeluarkan kata-kata sedemikian atas dasar peribadi melainkan wujudnya dalang dan modus operandi yang sistematik demi mencapai suatu objektif dan motif tertentu.
Penulis terpanggil untuk menilai motif dan objektif video tersebut dimuatnaik di laman Youtube. (ditarik balik setelah mendapat ugutan bunuh).
Diharapkan gambar yang dipaparkan dapat menjawab motif video tersebut dimuatnaik.
Adalah sesuatu yang tidak menasabah sekiranya DAP tidak terlibat samada secara langsung atau tidak langsung di dalam perkara ini memandangkan terlalu banyak kenyataan dan serangan secara langsung dan bertali arus dilakukan oleh parti tersebut terhadap hasrat kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hudud.
Adalah sesuatu yang sukar diterima sekiranya DAP tidak terlibat samada secara langsung atau tidak berhubung pembikinan dan penyebaran video tersebut. Asas utama dalam perkara ini bukanlah untuk menuduh parti perkauman tersebut, tetapi sekadar mahu pembaca memikirkannya bersama.
Modus operandi menggunakan anak-anak muda Melayu untuk mempromosi parti mereka dan/atau menyerang pihak lawan sudah sebati dengan DAP.
Apabila isu ini menjadi hangat akan muncul pelbagai kritikan dan kecaman kepada Aishah sehingga ke tahap ugutan bunuh, maka tercapailah objektif mereka yang anti Islam menggambarkan betapa umat Islam memiliki sikap dan sifat yang ganas serta ekstrim.
Pihak polis wajar menyiasat perkara ini dan memberi tumpuan siasatan hubung kait modus operandi DAP untuk menghina Islam menggunakan anak-anak remaja dan belia Melayu berbanding menyiasat mereka yang melakukan ugutan bunuh.
IMBAS KEMBALI (2012)
Sepasang suami isteri yang memiliki latar belakang akademik tinggi mengambil keputusan menyertai DAP bagi membuktikan parti berkenaan adalah untuk semua rakyat Malaysia.
Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti itu untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja.
Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah.
“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam.
“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
Tajuddin berkata, penyertaan dalam DAP sebagai ahli biasa membuktikannya percaya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah parti komponen lain iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Saya juga hormat satu atau dua pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka orang yang bertanggungjawab.
“Akan tetapi, saya memilih untuk menyertai DAP. Tambahan pula, saya kenal dengan rapat Dr Boo selama beberapa tahun malah percaya dengan kepimpinan beliau,” katanya.
Sementara itu, Norhayati yang merupakan bekas guru berkata, penyertaan dalam DAP dengan mengikut jejak suami merupakan percubaan baru dalam kehidupannya.
“Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua.
“Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP,” katanya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....