
Rang-undang-undang Hudud yang bakal dibentang oleh kerajaan negeri PAS Kelantan pada sidang DUN negeri itu 18 Mac nanti tidak mempunyai sokongan Pakatan Rakyat.
Ini kerana undang-undang Hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat, malah pembentangan rang undang-undang itu juga bertentangan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan baru-baru ini.
Jika demikian, pimpinan PAS di belakang langkah tersebut mesti berani mengaku bahawa mereka menolak PAS untuk bercerai dengan Pakatan,” ujar Gobind.
Malah katanya, ini juga menimbulkan persoalan terhadap kredibiliti PAS yang sebelum ini mahu dilihat sebagai parti yang fokus terhadap usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat.
Mengulas amaran PAS supaya DAP tidak masuk campur dalam urusan Kelantan, Gobind berkata selagi PAS masih di dalam Pakatan, DAP berhak menegur PAS.
“DAP bukan sahaja berhak malah bertanggungjawab memastikan PAS bertindak selari dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat,” tegasnya.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam dilaporkan berkata bahawa DUN dijangka membincangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dalam persidangan pada 16 hingga 19 Mac akan datang.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....