Rasanya kalau sebut nama dua pelakon lelaki popular ini, ramai peminat gilakan mereka. Apatah lagi dikurniakan wajah kacak dan tubuh ‘sado’, wanita antara majoriti peminat mereka.
Namun dalam ramai peminat memuji, ada juga yang membenci. Seorang daripada mereka adalah teman Cik Pang yang meluat sangat dengan dua pelakon lelaki ini.
Entah apa yang dibencikan sangat dengan mereka Cik Pang pun tak tahu, hinggalah satu hari Cik Pang terbaca entri di laman sosial teman Cik Pang.
Dalam entri itu, teman Cik Pang memuat naik gambar fotografi dua pelakon itu bersama satu akhbar. Pada status, teman Cik Pang seolah-olah memerli dua pelakon itu supaya jangan hipokrit, malah turut mengatakan jangan sampai dia tunjuk bukti perbualan ala-ala menggoda lucah yang ditujukan kepada teman Cik Pang di WhatsApp.
Selepas dipujuk, baru teman Cik Pang bercerita me-ngenai perangai dua pelakon itu. Rupa-rupanya teman Cik Pang digoda pelakon lelaki itu yang kini cuba membina nama di negara seberang.
Kata teman Cik Pang, entah macam mana, pelakon itu mendapat nombor telefonnya lalu menghubungi teman Cik Pang untuk berkenalan.
Kalau setakat berkenalan biasa, tidak mengapalah. Ini tidak, perbualan si pelakon seolah-olah mengajak teman Cik Pang ke atas katil.
Masakan tak mengamuk teman Cik Pang sebab teman Cik Pang ni lelaki. Rupa-rupanya kedua-dua pelakon itu sudah lama perhatikan teman Cik Pang yang boleh dikategorikan sebagai lelaki kacak di laman sosial.
Mungkin selepas dimaki hamun, baru pelakon kategori kaum Nabi Lut itu berhenti menghubunginya. Ya lah, sebab sudah terkantoi tersalah menggoda lelaki sejati.
Pesanan kepada dua pelakon itu, cukup-cukuplah bikin onar sebab dunia hiburan ini tidak sebesar mana. Cik Pang sendiri pun sudah lelah dengar cerita kalian sukakan lelaki sedari dulu. Insaflah ya.
- HarianMetro
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....