“Sebagai ikon bidang perniagaan Internet, perkara sebegini menyedihkan kerana Internet disalahgunakan - Irfan Khairi"
Seorang individu cuba mendapatkan wang dengan cara mudah dengan menyamar sebagai jutawan Internet Irfan Khairi dan mengutip wang kononnya untuk menjayakan satu seminar perniagaan yang dipromosi menerusi akaun Facebok (FB) palsu.
Irfan, 38, berkata, dia mendapat tahu mengenai penyamaran itu daripada beberapa usahawan yang pernah mengikuti kursus perniagaan dengannya sejak awal bulan ini.
Irfan berkata, dia mempunyai 450,000 pengikut di akaun FB rasminya dan terkejut apabila mendapati ada akaun palsu menggunakan namanya.
Menurutnya, individu yang menyamar itu meminta mangsa memasukkan antara RM500 dan RM3,000 untuk menyertai peluang perniagaan yang dijalankan.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....