Nuffnang

VIDEO : PANASSS!!! Faekah Hadapi Gangguan Seksual Kerana Pertahankan Khalid Sebagai MB!!!




Barangkali sedar tentang kekuatan dan gerak politik Khalid Ibrahim yang diatur dan diselia oleh Faekah Hussin, Sham Rais yang bercita-cita mahu jadi pak lawak bodoh melancarkan serangan ke atas Faekah Hussin.

Namun, Sham Rais yang tidaklah sepandai mana walaupun duduk merempat di Brixton, England selama lebih 7 tahun, cuba menggunakan idea seksis atau lebih tepat lagi serangan seksual secara lisan dengan menyifatkan Faekah Hussin sebagai ANDARTU TERDESAK YANG MAHUKAN AIR MANI JANTAN!




Aktivis pembangkang, Hishamuddin Rais yang sering diberi penghormatan oleh Pakatan Rakyat untuk menjadi "panel" di majlis-majlis mereka menerima padah apabila dikecam hebat oleh peserta forum ‘Krisis MB Selangor’ yang berlangsung baru-baru ini di ibu negara.

Ketika asyik "membelasah" Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pemimpin kanan kem Menteri Besar itu, Hishamuddin telah jelas mengeluarkan kenyataan menghina kaum wanita di dalam forum tersebut.

Dalam kenyataannya pada minit ke 1:25 yang dirakam oleh Malaysiakini, Hishamuddin merujuk bekas setiausaha Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai "anak dara tua yang kurang seks".

Tindakan itu telah mencetus rasa tidak puas hati ramai peserta forum yang secara terbuka mengkritik ucapan Hishamuddin.

"Anda tidak sepatutnya keluarkan kenyataan seperti itu. Ia tidak dapat diterima sama sekali," kata salah seorang peserta wanita kepada Hishamuddin di forum tersebut.

Selain itu, seorang lagi peserta wanita jelas berang dan menganggap Hishamuddin mempunyai mentaliti kelas dunia ketiga dan sikapnya itu sangat memalukan.

"Saya rasa ini semua merupakan indicator (petanda) yang menunjukkan kita (merujuk pada tindakan Hishamuddin) masih lagi di (tahap) dunia ketiga.

"Shame on you!" kata wanita tersebut yang menerima tepukan gemuruh dari para peserta lain di forum berkenaan.

Berikut adalah rakaman Malaysiakini yang menunjukkan mentaliti penalis "kesayangan" Pakatan Rakyat tersebut. -KedahNews.com
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top