Nuffnang

ISRAEL "Goyang" Dengan Blogger Malaysia - SATU PENCERAHAN!!!



Tidak dinafikan, hebatnya penangan media sosial di Malaysia dalam semua aspek, telah memberi impak yang sangat besar sehingga merubah struktur kehidupan harian rakyatnya.

Tahukah anda, bahawa rakyat Malaysia secara puratanya memiliki 233 orang rakan dalam satu akaun media sosialnya? Mungkin bilangan ini kelihatan kecil, namun bilangan purata tersebut adalah tertinggi di dunia untuk seseorang yang memiliki akaun media sosial (sumber: wearesocial.sg). Sedang kajian tersebut dibuat pada Disember 2011, penulis merasakan bilangan tersebut telah berganda pada masakini.


Dengan jumlah penduduk seramai 29 juta lebih, 15.6 juta daripadanya adalah pengguna aktif laman sosial “Facebook” pada Jan 2014 (sumber: US Census Bureu, InternetWorldStats, ITU, Facebook). Malah, mengikut satu kajian yang penulis baca di internet (terlupa sumber), sewaktu musim Piala Dunia, rakyat Malaysia adalah yang tertinggi dilanda “demam piala dunia” dengan kecoh media sosial membicarakan tentang kejohanan itu berbanding negara seperti Argentina dan Portugal! Walhal, kita hanyalah penonton berbanding Argentina dan Portugal yang layak ke kejohanan bolasepak terunggul di dunia itu!






Apa relevannya fakta diatas dengan ketakutan Israel kepada pengguna media sosial di Malaysia?



Minggu lalu, kita dikejutkan dengan tindakan Facebook yang didakwa sengaja menghalang akses ke blog milik Tun Mahathir ekoran artikel ‘The Jews’ yang ditulis oleh Tun sendiri. Beberapa akaun Facebook milik rakyat Malaysia yang pro kepada Palestin pula dikhabar menerima “amaran” dari Facebook yang akaun mereka boleh ditamatkan.



Begitu juga yang berlaku ke atas seorang penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, Naomi Wolf, mendedahkan dia diberi amaran yang sama oleh Facebook. Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza.



Apa yang sebenarnya sedang berlaku?



“Non-violent resistance”, adalah teknik yang diperkenalkan secara meluas oleh Gene Sharp melalui bukunya, “From Dictatorship to Democracy”. Gene adalah rakyat Amerika, yang mana dikaitkan dengan National Endownment for Democracy (NED) tajaan George Soros.



“Non-violent resistance” adalah teknik yang digunapakai oleh pejuang Palestin sejak dahulu. Bukan sesuatu yang baharu kepada kita, apabila melihat rakyat Palestin, tanpa sebarang senjata dan hanya berbekalkan batu mempertahankan tanahair mereka. Dengan keadaan daif seperti itu, pihak musuh masih belum mampu untuk mematikan semangat juang Palestina.



Apa rahsianya? Melalui kajian, Gene mendapati bahawa gambar-gambar serta video-video di media massa tentang pembunuhan, kematian dan tangisan ini dalam menuntut kebebasan Palestin tanpa ada keupayaan untuk bertindakbalas melalui ketenteraan telah menjadi nadi dan berkobarlah semangat perjuangan yang tidak pernah luntur. Itu adalah intipati semangat Palestin, melalui penderitaan. Dan rasanya kita semua setuju, semangat kita sangat memuncak ketika ini, sedang saudara-saudara Palestina kita dibedil setiap saat oleh rejim laknatullah.



Runtuhnya Soviet Union adalah melalui sumbangan buku tersebut. Terhasillah beberapa negara seperti Ukraine, Kazakhstan dan lain-lain lagi. Huru hara di negara-negara Arab sebelum ini juga dikaitkan dengan strategi yang serupa.



Itu hebatnya hasil kebersamaan “non-violent resistance” dan media. Rata-rata pengguna media sosial di Malaysia hari ini melebarkan protes akan kezaliman Israel dengan memuatnaik kisah penderitaan Palestin dalam bentuk foto, video malah ilustrasi grafik. Ini bermakna kisah tersebut, dengan kekuatan jumlah pengguna Facebook seperti yang penulis terangkan di perenggan ketiga, telah menjadi “viral” dan “virality” ini tiada sempadan garis pemisah. “Tag” sahaja rakan kenalan di US atau UK, maka sampailah mesej tersebut ke sana.



Ini yang amat dikhuatiri oleh Israel, yang lantas mengarahkan ejen-ejen mereka yang bertebaran seantaro dunia untuk menyekat kemaraan media sosial dari Malaysia yang menceritakan kebenaran. Yang melucukan, kini Israel pula menggunakan teknik yang sama melalui media sosial dalam pembinaan persepsi, yang menggambarkan kononnya mereka tidak bersalah dan diserang, dan berlakunya pembunuhan ke atas rakyatnya. Tidak cukup dengan itu, penulis terbaca tentang teknik mereka untuk menyolek tubuh badan dengan warna merah (darah) bagi menggambarkan kecederaan serius kononnya akibat serangan balas Briged Izzuddin Al Qassam sebelum dimuatnaik ke laman sosial.



Setuju atau tidak, Israel terpaksa menelan hakikat bahawa mereka ketinggalan dalam perang media sosial, akibat dari sekian lama selesa berada di bawah lindungan kuasa-kuasa besar dunia. Mereka terlupa bahawa semangat perjuangan Palestin subur mekar di seluruh dunia hanya berbekalkan foto dan video. Kezaliman dan pembohongan Israel tidak dapat dibendung lagi.



Hari ini, Facebook telah menghalang akses rakyat Malaysia ke laman “Facebook Page” Israel Defence Forces (IDF). Mengikut sumber Kelab Che Det, IP dari Malaysia telah disekat oleh mereka.



Tidak mustahil, rakyat Malaysia juga mungkin akan kalah dalam perang media sosial untuk Palestin di Facebook, apabila mereka mengharamkan terus rakyat Malaysia dari menggunakan laman sosial tersebut kelak.



“I support all efforts to fight for the freedom of the state of Palestina” – Ameen Latif, MyKMU.Net, 4 August 2014



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top