Penantian itu suatu penyiksaan.
Dilaporkan sebelum ini kawan baik Teoh, Tan Sook Theng sepatutnya mengambil pasangan tersebut di KLIA sebelum kejadian pada 17 Julai lalu.
Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemeriksaan identiti mangsa dari semua 226 keranda yang dikeluarkan dari lokasi kemalangan di Donestk, Ukraine, perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Najib berkata ini adalah supaya pasukan siasatan antarabangsa boleh membuat kesimpulan tanpa sebarang keraguan mengenai identiti mangsa sebelum apa-apa maklumat didedahkan.
Menurut Najib ketika itu, Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat MH17 malang itu.
Bagaimanapun, pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi.
Maklumat tersebut diperolehi Perdana Menteri selepas lawatannya ke sebuah kemudahan tentera di Hilversum, Belansa, 1 Ogos lalu, di mana 226 keranda yang mengandungi mayat mangsa dan bahagian anggota, sedang melalui proses forensik dan pengecaman mangsa bencana (DVI).
“Bila (mayat) dibawa balik, kita akan adakan hari berkabung.
“Butirannya akan dimaklumkan bila sampai masanya,” katanya
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....