Nuffnang

BICARA MINDA BUKTI TUN M MASIH RELEVAN KEPADA ORANG MUDA

Siapa kata Tun M sudah tidak RELEVAN kepada generasi baru? Pasti ramai yang terkejut dengan kebanjiran golongan muda di Program Bicara Minda Bersama Tun Mahathir Mohamad yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan di PWTC semalam. 



Kehadiran lebih daripada 1,400 belia melebihi jangkaan




Pergh....memang ramai, sampai bersila beb!



BB dimaklumkan oleh pihak KBS bahawa sambutan luar dugaan itu telah memaksa penganjur untuk membuka sebuah lagi dewan yang disediakan dengan skrin besar bagi menampung kehadiran peserta yang "luar biasa" itu.



Kusyuk mendengar....hampir 500 orang di sebelah dewan utama


Bagaimana fenomena ini berlaku? Kenapa golongan muda ini tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama begitu mengkagumi Tun Mahathir? Belia yang dalam erti kata yang lain mereka yang berumur dari 15 hingga 40 tahun sebenarnya telah membesar di era Pemodenan Malaysia yang diacuankan oleh tokoh Negarawan kita ini. Maka, tidak hairanlah Tun Mahathir menjadi idola kepada golongan muda yang secara tidak langsung membawa kepada sambutan yang luar biasa ini.

Amat jarang sebenarnya program-program anjuran agensi Kerajaan seperti KBS mendapat liputan yang amat meluas daripada media samada media perdana mahupun media sosial. Apatah lagi program yang berbentuk ilmiah seperti ini jika dibandingkan dengan program-program yang berbentuk hiburan ataupun sukan.

Berbalik kepada Program bicara minda ini sempat juga BB memetik beberapa kata-kata keramat Tun M kepada pemimpin belia antaranya :


"Apa yang paling saya khuatir sekarang ini ialah rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang selesa dan tidak memikirkan tentang masa depan. Orang muda perlu berubah dari keselesaan ini".


"Masalah ahli politik sekarang ialah mereka ini enggan melepaskan jawatan secara terhormat apabila usia telah melewati "belia" walaupun mereka inilah dulu yang memperjuangkan supaya orang muda diberi peluang dalam kepimpinan politik negara".


"Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Sayangkan anak, tangan-tangankan. Sayangkan pemimpin, tegur-tegurkan.. So, pemimpin kena dengar la......".


"Orang muda hari ini sudah cerdik dan pintar. Mereka bukan lagi mahu pemimpin atau YB yang hanya nampak semasa majlis kenduri-kendara, adanya kematian atau lawatan orang sakit. Mereka mahukan pemimpin atau YB-YB ini buat kerja yang sepatutnya sebagai YB. Kalau setakat pi melawat orang sakit baik jangan jadi YB, jadilah doktor".



Begitulah. Walaupun nampak simple dan biasa, tetapi mempunyai maksud yang mendalam khususnya kepada ahli-ahli politik kita. Kepada DS Najib, BB sebagai orang muda menyeru supaya apa yang dilontarkan oleh Tun M ini diambilkira dalam menentukan calon "winnable candidate". Kepada calon yang kalah, terimalah kekalahan itu.


Di kesempatan ini juga BB nak kongsi bersama pembaca beberapa berita, ulasan dan video daripada sahabat-sahabat di media sosial berkaitan Bicara Minda bersama Tun ini.








BB : Banyak lagi da....cukup untuk membuktikan aura Tun M di hati anak muda. Selagi DS Najib tidak melakukan "kesalahan" yang sama seperti Pak Lah, sokongan anak muda kan tetap bersama BN.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top