Nuffnang

BERITA BAIK BUAT BLOGGER !!!!

PUTRAJAYA, 22 FEB : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mencapai persetujuan untuk membenarkan wartawan mengundi secara pos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata terdapat peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan pengamal media menggunakan undi pos.

"Kami akan memaklumkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC), mengenai ketetapan pada pertemuan 6 Mac nanti.

"Ini satu langkah yang positif," katanya kepada pemberita selepas membincangkan isu pilihan raya di sini hari ini.

Sebentar tadi pun baru saja Buletin Utama membuat liputan perihal perkara ini. Akan tetapi, adakah "wartawan" atau "pengamal media" itu merangkumi golongan penulis-penulis maya atau blogger ini? Kalau YA, terima kasih banyak-banyak la SPR. Banyak ringan bebanan kami bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia. Namun, apa pula kriterianya? Tambahan pula bagi blogger setahun jagung dan tak dikenali seperti belia bangkit ni!





Kalau TIDAK! Mengapa???? Adakah kami tidak diiktiraf kerana menulis tanpa "tuan"? Wartawan didefinasikan sebagai orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah;
wartawan bebas pula membawa maksud wartawan yang bebas menulis untuk sebarang akhbar (majalah).

Bidang kewartawanan ini juga menuntut kita melaksanakan tugas dan amanah secara penuh beretika dan beradab. Apatah lagi dalam keadaan landskap politik dan asas hubungan antara kaum di negara ini yang boleh sahaja dieksploitasi ke arah yang tidak positif dan meresahkan. Semua ini memerlukan 'asas nilai dan etika kewartawanan' yang tinggi.

Hari ini, 'kuasa pena' sudah bertukar menjadi 'gabungan kuasa jari-jemari dan jalur lebar' yang luar biasa pantas. Nilai berita tidak lagi berumur sehari atau 24 jam. Malahan, tempoh masa 2-3 jam juga sudah menjadi 'berita yang basi'.

Sebagai wartawan, baik yang bekerja di media cetak, media elektronik, portal berita mahupun blog, kepantasan menjadi 'angkubah' yang sangat penting. Dan yang juga penting, ia perlu didasari sama oleh 'nilai kebenaran' dan realisasi menyeluruh (total realisation) mengenai 'asas berita' yang mahu disampaikan.

Benar, mungkin tidak ada salahnya untuk fraterniti kewartawanan dan media menjadi 'kritis' - namun ia juga mesti diasaskan dengan etika kewartawanan yang betul. Garis halus antara 'nilai berita yang benar' dan 'nilai berita yang mencipta sensasi' akan banyak bergantung kepada adab kewartawanan yang diguna pakai.

Perangkaan terbaru menunjukkan hari ini, 60 peratus isi rumah Malaysia mempunyai akaun Internet yang memberi mereka akses kepada sumber maklumat yang tidak terbatas. Dalam pencarian maklumat, rakyat tidak lagi bergantung kepada sumber dalaman, tetapi juga luaran.

Selain mempunyai akses kepada dua juta pengendali blog, 76 akhbar harian dan mingguan, 151 saluran televisyen dan 53 stesen radio di dalam negara, mereka juga boleh melayari laman-laman blog antarabangsa, Facebook, YouTube dengan menggunakan enjin carian seperti Yahoo dan Google.




Mengambil kira landskap media yang banyak berubah dengan kehadiran teknologi baru yang telah melahirkan dunia siber, peranan wartawan dalam membantu membina negara yang bersatu padu, makmur dan menjanjikan masa depan yang gemilang, tentulah menjadi amat mustahak dan mencabar.

Perubahan itu membuatkan tugas wartawan pada zaman ini menjadi lebih kompleks. Kelahiran apa yang dipanggil sebagai kewartawanan warga atau citizen journalism, merumitkan lagi keadaan.

Saya menelah kemungkinan, bahawa suatu hari nanti - istilah mainstream dan alternative media ini akan menjadi dikotomi yang tidak lagi relevan - dalam konteks penerimaan 'rakyat' terhadap nilai berita.

Malahan, trend dan suasana kebelakangan ini mainstream sudah bersedia menjadi lebih pantas dan terkini - sesuai dengan tuntutan masa dan keadaan.


Harap-harap pengumuman pada 6 Mac nanti akan memberikan khabar gembira kepada golongan penulis maya. Sama-sama kita nantikan.

BB : Perlu difikirkan juga pengundi-pengundi luar negeri yang mendaftar di Semenanjung tetapi bermastautin atau bekerja di Sabah, Sarawak atau pun Labuan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top