Nuffnang

SURAT TERBUKA KEPADA REDTMA MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami ingin menyuarakan ketidakpuasan hati kami tentang layanan terhadap kami di wall Tasik Ayer Keroh yang dijaga oleh pihak Redtma Melaka. Baru-baru ini kumpulan kami telah dihalau dan di "ban" dari wall berkenaan atas alasan yang tidak munasabah langsung.
Team kami telah lama memanjat di  Redtma, boleh dikatakan hampir 5 tahun. Team kami jugalah yang maintain wall berkenaan, membetulkan hanger untuk runner, memasang handhold, setup route, membantu orang bila mereka tidak mempunyai pekerja yang cukup.
Setiap kali kami ke situ kami juga terpaksa membayar 3 ringgit sebagai entry fees. Kami sebagai customer di situ juga tidak diberi layanan yang bagus. Sudahlah disuruh untuk membayar, lepas itu kami perlu membuat kerja juga, sedangkan pekerja Redtma hanya duduk bergoyang kaki.  Safety wall berkenaan juga menjadi satu masalah, hanger untuk meletakkan runner kebanyakannya longgar, berpusing dan berkarat.  Pada wall tersebut ada terikan satu tali nylon yang digunakan untuk menarik tali climbing ke atas, sudahlah tali berkenaan reput, oleh kerana kami tidak memberitahu pihak Redtma dan tidak mengikat tali berkenaan pada wall tersebut kami terus dihalau.
Antara alasan lain yang diberikan adalah kerana sampah di situ tidak dikutip dan rumput tidak dicabut. Kami sebagai customer di situ pun kena buat kerja ???? Habis itu, apa guna pihak Redtma mengambil pekerja?? Bukannya kami memanjat tanpa bayar. Wall Ayer Keroh itulah satu-satunya wall di Melaka. Mana lagi kami mahu pergi kalau bukan di situ.
Sikap manager di Redtma itu pula sangat tidak professional. Hanya mahu mencari masalah kami sahaja. Kami berharap sangat supaya ada pihak yang sanggup mengambil tidakan terhadap pihak Redtma ini. Dan bukankah wall KBS tidak perlu dibayar?? Keadaan panel wall yang baru pula sangat tidak selamat, panelnya  lembik senang pecah dan tiada unsur-unsur keselamatan di situ, handhold di wall tersebut pula sangat senang untuk berpusing dan sangat membahayakan.
Diharapkan ada pihak yang boleh mengambil perhatian dan tindakan yang sesuai  dalam menyelesaikan isu ini demi pembangunan belia negara.
Sekian.
P/s : BB hanya mengetengahkan isu yang disampaikan oleh pembaca.
Share this article

2 Komen:

  1. Saya sebagai bekas pekerja redtma sangat menyokong akan statement bahawa pengurus itu sangat tidak professional..melayan pekerja2 seperti anjing..tiada epf socso..tp saya bangkang statement pekerja redtma duduk goyang kaki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kerana kami sebagai pekerja telah berhempas pulas utk menyiapkan segala tugasab yg diberi drpd pg hgga ptg..itu pun ad je yg x kena..x ke sial itu..manager mcmnie patut bankrup je..bodoh..
      Paling best ada satu hari time ad program saya dan kwn saya curi2 makan kerana sangat lapar..last2 kena marah and halau dgn manager yg mcm sial nie..

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top