Gerila pemisah meningkatkan aktiviti mereka di Yala dan Songkhla
-
Di Yala, sekurang-kurangnya 10 serangan pembakaran dilaporkan, terutamanya
melibatkan pembakaran tayar getah di jalan raya.
Browse » Home » » Keikhlasan dan Pengorbanan Hasan Ali Demi Anuar
Keikhlasan dan Pengorbanan Hasan Ali Demi Anuar
Jika penulis kata Anwar tak bermoral, siapa dikalangan balaci nak percaya ye tak? Tapi bila Hasan Ali yang kata, nak percaya ke tidak? Tak payah penulis sebut siapa Hasan Ali sekarang dan kedudukkannya dalam Pas dan kerajaan Pakatan Selangor.
Tapi sejarahnya Hasan Ali dan Anwar pada satu ketika ibarat belangkas – tidak boleh dipisahkan.
Pada yang hijau pasal politik ni, penulis nak ingatkan, antara orang pertama yang berpaling tadah sebaik Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri ialah Hasan Ali.
Waktu itu PKR belum wujud, yang ada hanya ADIL yang lebih bertaraf Badan Bukan Kerajaan (NGO). Sebab itulah pada pendapat penulis, Hasan Ali memilih untuk menyertai Pas sebab Anwar tidak ada platform politik yang boleh disertainya.
Pilihanraya umum tahun berikutnya Hasan Ali menang 2 kerusi sekaligus, Parlimen Parti Buntar dan DUN Sg Burong, menjadikan Hasan Ali makin selesa dengan Pas.
Pendek kata, Hasan Ali bermula dalam politik setelah Anwar dipecat dari jawatannya. Sukar rasanya nak mengatakan tindakan Hasan Ali terjun ke dunia politik pada 1998, tidak berkaitan langsung dengan hal pemecatan Anwar Ibrahim.
Tapi kini Hasan Ali kata Anwar tak bermoral dan perjuangan mempertahankannya pada 9 Januari ini sebagai memualkan!!!
Penulis ketawa melihat kebodohan Pas membiarkan Hasan Ali sewenang-wenangnya merosakkan parti tersebut dari dalam dan kini mencemarkan imej Anwar pulak. Baguslah tu, buatlah selalu sampai parlimen dibubarkan besok.
Penulis tak rasa UMNO ada peranan dalam hal terbaru Hasan Ali ini. Dosa Hasan Ali kepada UMNO terlalu banyak, terlalu besar untuk dimaafkan begitu sahaja.
Bak kata seorang rakan, kalau Hasan Ali kencing atas kepala Nik Aziz sekalipun, masih lagi tidak mampu untuk menebus dosanya kepada UMNO.
Jadi apa pun yang dikatakan Hasan Ali ini memang benar-benar dari hatinya.
Dibanding dengan macai-macai pembangkang hari ini yang hanya kenal Anwar dari penulisan, Hasan Ali kenal Anwar luar dan dalam. Siapa balaci nak dbandingkan dengan Hasan Ali ya? Justeru kita tahulah nak lebih percaya siapa.
Dia sudah bakar jambatan dengan Pas, sekarang dia mahu bakar jambatan dengan PKR dan Anwar pula.
Macam mana UMNO nak gunakan peluang ini penulis tidak pasti tapi kalau dibiarkan sahaja beruk-beruk ini bergaduh sesama sendiri pun elok juga.
Sumber : mykmu.net
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....