Nuffnang

PARLIMEN BELIA RANGSANG KEUPAYAAN KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN

KUALA LUMPUR: Parlimen Belia yang bakal diwujudkan ini (2012)  mampu merangsang pembangunan belia terutama daripada segi kepimpinan dan keusahawanan, kata Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.


Beliau berkata ini kerana Parlimen Belia memberi ruang kepada belia mengutarakan pendapat dan isu berkenaan golongan itu di negara ini.

"Bila belia diberikan peluang mengutarakan semua ini, sifat kepimpinan dalam diri mereka dapat dipupuk dalam jati diri mereka. Ini juga mendidik mereka menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Penubuhan Parlimen Belia merupakan satu daripada enam perkara utama dalam pelan pembangunan belia yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Belia, Mei 2011.

Mohamed Maliki berkata MBM akan bekerjasama erat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam merealisasikan matlamat penubuhan Parlimen Belia itu

"MBM dan KBS dijangka mengadakan prapersidangan Parlimen Belia pada Mac dan April tahun ini bagi memastikan kelancaran semasa hari persidangan yang dijangka tempoh bersidang selama tiga hari," katanya.

Beliau juga berkata MBM akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam memperjuangakan hak dan pembangunan golongan belia.

Katanya MBM akan sentiasa berusaha ke arah pembangunan belia pada tahun hadapan dengan mengekalkan apa yang telah MBM capai pada tahun ini. -- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top