Nuffnang

#MH370 : Panasss!!! Pekerja Dipecat Kerana Email Ini!!!



Seorang pekerja pelantar minyak yang mendakwa telah ternampak sebuah kapal terbang terbakar, di mana beliau percaya itu adalah pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di luar pantai Vietnam, telah dipecat oleh majikannya.

Mike McKay, dari New Zealand, bertugas di pelantar minyak Songa Mercur di luar pantai Vietnam pada 8 Mac, masa yang sama apabila kapal terbang Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang.

Beliau mula menghantar emel kepada majikan beliau mengenai kejadian tersebut, menggesa mereka untuk mengemukakan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa. Apabila dia tidak mendapat sebarang maklum balas, beliau menghantar emel yang sama kepada pihak berkuasa Vietnam dan Kedutaan New Zealand beberapa hari kemudian, memberitahu mereka apa yang berlaku pada hari itu.

"Tuan-tuan. Saya percaya saya melihat penerbangan MAS menurun. Masanya tepat," katanya dalam emel itu.

"Saya cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam. Tetapi saya tidak tahu jika mereka menerima maklumat itu.

"Saya di pelantar minyak Songa-Mercur di luar pantai Vung Tau. Lokasi permukaan adalah Lat 08 22 '30,20" N 108 Lat 42.22.26 "E.




"Saya memerhatikan pesawat itu terbang tinggi dalam keadaan terbakar di arah 265 hingga 275 derajat dari lokasi kilang minyak."

Pelantar minyak Songa Mercur di Vung Tau, di pantai tenggara Vietnam terletak di kawasan yang sama di mana satelit China melaporkan menjumpai bangkai pesawat.

McKay berkata, dia ternampak penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang terbakar di langit dari pelantar beliau awal pada 8 Mac.


Berikutan penerbitan emel beliau, yang kemudiannya dibocorkan kepada media, pengendali pelantar minyak, Idemitsu dan kontraktor dan pemilik pelantar, Songa Offshore, dibanjiri dengan pertanyaan sehingga menyekat komunikasi syarikat itu, kata McKay kepada akhbar New ZealandSunday Star Times.

"Keadaan menjadi tidak terkawal bagi mereka dan saya telah dipecat," katanya.

Pegawai-pegawai Vietnam menemuramah beliau di Vung Tau dan ingin bertindak berdasarkan maklumatnya tetapi pencarian berpindah ke Laut Andaman dua hari selepas temu bual itu, kata McKay.

Pegawai tentera laut Vietnam Le Minh Thanh memberitahuABC Newsdari Amerika Syarikat bahawa pegawai-pegawai Vietnam menghantar kapal terbang ke kawasan tersebut untuk menyiasat dakwaan McKay, tetapi pencarian itu adalah sia-sia.

Pada 8 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak dakwaan itu selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Menteri Luar.

Beliau berkata tidak ada maklumat lagi tentang pesawat Boeing 777-200 itu atau mana-mana bangkai ditemui di laut.

Minggu lalu, seorang wanita yang berlayar di antara India dan Thailand semasa penerbangan MH370 hilang dari radar, berkata dia juga mungkin telah melihat pesawat itu terbakar, tetapi di lokasi yang berbeza.

Katherine Tee, 41, sedang berdiri di atas dek kapal layar beliau pada awal Mac apabila beliau mendakwa telah melihat sebuah kapal terbang dikelilingi oleh cahaya berwarna oren terang dan asap hitam.

Katanya, beliau baru sahaja melaporkan maklumat itu kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Australia kerana bimbang tiada sesiapa yang akan mempercayainya ketika itu.

Penerbangan MH370 dilaporkan hilang tidak lama selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ia masih hilang walaupun usaha carian antarabangsa melibatkan lebih daripada 24 negara-negara, terutamanya di Lautan Hindi.

-Awani
read more...

VIDEO : @AnwarIbrahim Salahkan Kerajaan, Tapi Nampak Kebodohan Diri Sendiri!!!



Anwar Ibrahim beberapa hari lepas telah berlepas ke London untuk mengadakan beberapa temuramah dengan media luar. Umum tahu, tidak lain dan tidak bukan adalah hasratnya untuk memburukkan negara Malaysia. Di sana, beliau telah mengadakan sessi temuramah dengan BBC Radio 4 dan juga ditemuramah Nina Dos Santos untuk siaran langsung CNN. Namun CTS lebih tertarik dengan rakaman yang dilakukan dengan GMT Studio (video di bawah). 

Walaupun Anwar Ibrahim di dalam temubual berkenaan, kelihatan cuba untuk memburukkan negara terutama ketika memberi ulasan bahawa Kerajaan Malaysia cuba berkonspirasi dan menyembunyikan maklumat mengenai pesawat MAS MH370 yang hilang. Dalam rakaman berdurasi 5.05 minit berkenaan, nampak sangat kebodohan beliau menjawab soalan-soalan daripada wartawan Mat Salleh dari London itu. 

Mungkin disebabkan kebodohan beliau itulah kepulangan beliau dri London tidak disambut gah oleh pengikut-pengikutnya. Tiada lagi puluhan ribu orang yang menyambutnya di KLIA. Tiada lagi laungan reformasi dan 'Hidup Anwar Ibrahim' kedengaran ketika beliau menjejak kaki ke tanahair. Mungkin Rakyat sudah muak kot?




read more...

AMARAN!!! Sindiket Bayar Saman Secara Diskaun Di FB!!



KUALA LUMPUR: Polis tidak pernah melantik mana-mana agen yang kononnya boleh menyelesaikan saman trafik pada kadar diskaun.

Timbalan Ketua Polis Bandar DCP Datuk Low Hong Soon menasihati orang ramai supaya berpengaruh dengan iklan yang keluar di media sosial Jumaat lalu.

“Semak dengan polis dahulu, supaya tidak menjadi mangsa sindiket penipuan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan tugas antara Ketua Trafik bandar lama dan yang baru.

Datuk Low berkata bahawa polis akan menyiasat perkara itu supaya pesalah boleh dibawa ke muka pengadilan.

Sindiket ini menggunakan Facebook untuk mengiklankan bahawa saman trafik boleh diselesaikan melalui mereka dengan diskaun daripada 10% sehingga 50%.

Pada majlis itu, Ketua Polis Arau ACP Mohd Nadzri Hussain, 52, mengambil alih sebagai ketua trafik bandar daripada ACP Rusli Mohd Noor yang telah dilantik sebagai Ketua Polis Seberang Perai Tengah.

Sementara itu, Datuk Low berkata lebih daripada 200,000 saman trafik telah dikeluarkan di bandar ini dari Januari hingga Mei tahun ini.

Beliau juga berkata terdapat 227 kemalangan maut di dalam bandar tahun lepas, kebanyakannya melibatkan penunggang motosikal, dan 91 daripanya dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. – Bernama
read more...

MISTIK!!! Api Misteri Menakutkan Penghuni Rumah!!



LARUT - Sebuah keluarga kini kebingungan apabila kediaman rumah kayu mereka di Kampung Sungai Kuning, Rantau Panjang dekat sini kerap diserang api misteri sejak sebulan lalu.

Terbaharu api tersebut muncul dan membakar sejadah serta papan seterika ketika wartawan Kosmo! Ahad melakukan tinjauan di rumah berkenaan semalam.

Seorang penghuni yang mahu dikenali sebagai Nurfizah Ahmad berkata, pelbagai ikhtiar telah dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut termasuk menggunakan khidmat bomoh tetapi gagal.

"Api misteri muncul di banyak tempat terutama bilik secara mengejut pada waktu siang.

"Kadangkala ia membakar plastik, rak pakaian, buku sekolah, sejadah dan sebagainya," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian semalam segumpal rambut turut ditemui salah seorang anak saudaranya, Norain Nabila.

"Selain itu baju dan surat misteri yang entah dari mana datangnya turut dijumpai di kawasan rumah kami menyebabkan kami menjadi sangat takut," katanya.


read more...

VIDEO : Sengsara Akibat Cinta Seberang - Pengakuan Mangsa!!!


AYU (kiri) mencium tangan ibunya, Jaliah Tamin sebaik tiba di KLIA, semalam.


Diharapkan panas hingga ke petang, rupanya gerhana datang melanda. Itulah nasib yang perlu ditanggung Ayu selepas berkelana bersama suami tercinta seorang warga Nepal.

Helah untuk menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris bagi mendapatkan dokumen peribadi dan pendaftaran anak-anak membolehkan Nur Sri Rahayu Marimon, 24, keluar dari rumah keluarga mentuanya di Morang, Nepal, sebelum ke Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

Menurutnya, dengan helah itu juga, dia nekad melarikan diri pada waktu malam menaiki bas sejauh 500 kilometer ke Kedutaan Malaysia di ibu negara itu pada 28 April lalu dengan hasrat untuk pulang menemui keluarga dan melupakan kesengsaraan lebih empat tahun dijadikan hamba abdi oleh keluarga mentua sendiri.

Tepat jam 6.25 pagi semalam, dia yang mesra dipanggil Ayu bersama dua anaknya, Aiman, 8, dan Azam, 6, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dan dengan linangan air mata, dia memeluk erat ibunya Jaliah Tamin, 52, dan berkali-kali memohon maaf kepada orang tuanya itu.

Sambil menyatakan kekesalannya atas apa yang berlaku, Ayu tanpa segan silu menceritakan bagaimana dia ‘diperalatkan’ suaminya yang mengajaknya ke kampung halaman di Nepal untuk bercuti sebelum dia diperlakukan seperti hamba selepas suaminya berhijrah ke Qatar untuk bekerja.





“Mula-mula datang ke kampung suami untuk cuti saja. Suami beritahu untuk cuti dan berjumpa keluarga. Bila keadaan semakin teruk dengan penerimaan keluarga yang memberi layanan teruk, dia pula pergi ke Qatar dan saya kena buat kerja macam-macam. ~Metro


read more...

GUGUR!!! Senarai Kabinet Baru Najib Mula Tersebar?


Semalam sudah pun bermula khabar - khabar angin yang menyentuh mengenai rombakan kabinet yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.

Katanya, ada tiga orang menteri yang dilaporkan bakal meninggalkan Kabinet berikutan rombakan yang akan dilakukan tidak lama lagi.

Portal Malaysian Digest memetik dari sumber yang menyatakan, rombakan Kabinet yang bakal menyaksikan penyingkiran Menteri terbabit mempunyai kaitan dengan prestasi masing - masing.

 “Mereka ini adalah antara nama yang disebut akan meninggalkan Kabinet kerana dilihat tidak dapat mengekang isu - isu melibatkan kementerian masing-masing dan meninggalkan segala-gala (untuk diuruskan) kepada Perdana Menteri.


“Perdana Menteri menerima pelbagai kesan ekoran ketidakcekapan menteri - menteri Kabinet tersebut,” kata sumber berkenaan.

Sumber itu bagaimanapun tidak menjelaskan bila rombakan tersebut akan dilakukan, sebaliknya sekadar memberitahu “ia akan berlaku tidak lama lagi.”

Namun, rombakan tersebut mempunyai kaitan dengan kepimpinan baru MCA yang memungkinkan mereka akan menerima semula jawatan Kabinet termasuk Kementerian Pengangkutan.

Sumber itu turut membayangkan akan berlaku pertukaran porftolio di kalangan Menteri sedia ada berikutan pengosongan tiga portfolio yang disebut dibawah. Diantaranya:

Kementerian Perdagangan Koperasi Negeri dan Kepenggunaan menjadi tumpuan berikutan kenaikan kos sara hidup selain menerima tekanan kerana didakwa gagal menangani persepsi yang timbul berhubung isu itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Islam pula menerima kritikan keras bukan sahaja dari dalam kerajaan, tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana dilihat terlalu pasif dalam isu kalimah Allah dan penyebaran fahaman Syiah.

Manakala satu lagi ialah Kementerian Wilayah yang dikhabarkan turut terpalit dalam isu kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur serta kenyataan kontroversi yang timbul berkaitan dengan kewujudan Hard Rock Cafe di Putrajaya. – New Malaysian Post

Jadi, siapakah yang bakal DIGUGURKAN?
read more...

MELAMPAU!!! 7 Trauma Dibogel Dan Di "RAGGING" Senior Di UPM!!!



7 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dakwa di 'ragging' oleh 10 orang pelajar senior sehingga menjatuhkan maruah mereka dengan melakukan perkara yang tidak senonoh di hostel universiti. 

Kejadian berlaku pada jam 4 pagi pada khamis lepas. 7 pelajar malang itu dipaksa berbogel dan hanya memakai seluar dalam sementara pelajar senior terbabit merakam gambar mereka menggunakan telefon bimbit. 




Mereka juga dipaksa menyentuh alat sulit masing-masing dan puting sambil menari mengikut rentak muzik. Lebih teruk lagi, pelajar terbabit dipaksa merokok dan jika ingkar, pelajar senior akan diapa-apakan. Tidak tahan dengan tindakan keji pelajar senior itu, 7 pelajar berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Serdang pada keesokan harinya. 

Ekoran dari kejadian memalukan itu, 7 pelajar malang itu berada dalam keadaan trauma dan enggan hadir ke kelas kerana bimbang akan diapa-apakan oleh 10 pelajar senior terbabit selagi tiada tindakan tegas dari pihak UPM bagi membendung kejadian itu. - www.utaranews.com


BB : Rupanya di zaman dah maju dan serba moden ini, perlakuan seperti ini masih berlaku. Dulu masa belajar pun, BB turut alami keadaan yang sama. Cuma, tindakan kali ini memang melampau. 
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top