7 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dakwa di 'ragging' oleh 10 orang pelajar senior sehingga menjatuhkan maruah mereka dengan melakukan perkara yang tidak senonoh di hostel universiti.
Kejadian berlaku pada jam 4 pagi pada khamis lepas. 7 pelajar malang itu dipaksa berbogel dan hanya memakai seluar dalam sementara pelajar senior terbabit merakam gambar mereka menggunakan telefon bimbit.
Mereka juga dipaksa menyentuh alat sulit masing-masing dan puting sambil menari mengikut rentak muzik. Lebih teruk lagi, pelajar terbabit dipaksa merokok dan jika ingkar, pelajar senior akan diapa-apakan. Tidak tahan dengan tindakan keji pelajar senior itu, 7 pelajar berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Serdang pada keesokan harinya.
Ekoran dari kejadian memalukan itu, 7 pelajar malang itu berada dalam keadaan trauma dan enggan hadir ke kelas kerana bimbang akan diapa-apakan oleh 10 pelajar senior terbabit selagi tiada tindakan tegas dari pihak UPM bagi membendung kejadian itu. - www.utaranews.com
BB : Rupanya di zaman dah maju dan serba moden ini, perlakuan seperti ini masih berlaku. Dulu masa belajar pun, BB turut alami keadaan yang sama. Cuma, tindakan kali ini memang melampau.
Singkirkan ! Sbg pengajaran kpd yg lain.
BalasPadamIsh ishh. Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang.
BalasPadamHidup bahagia bersama kami http://www.fixmonthlypaid.com/?id=62107