Nampaknya kekalahan Dyana Sofya di Teluk Intan benar-benar memberikan impak yang cukup besar buat DAP.Sehingga semalam kepimpinan DAP masih lagi tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah pun di kalahkan oleh Barisan Nasional yang meletakkan calon daripada parti GERAKAN yang sering menjadi bahan cemuhan pemimpin DAP sejak PRU13 yang lalu.
Barangkali berang dengan kekalahan tersebut Lim Guan Eng terus-terusan menyerang parti lawan melalui kenyataannya yang menuduh bahawa punca kekalahan DAP di Teluk Intan adalah kerana permainan politik UMNO.
Dalam pada itu Lim Guan Eng turut menyenaraikan 3 faktor utama punca kekalahan mereka di Teluk Intan iaitu kemerosotan peratusan keluar mengundi, permainan politik UMNO ketika berkempen dan calon mereka, Dyana Sofya Mohd. Daud yang merupakan muka baharu di kawasan itu.
Beliau turut membuat tuduhan bahawa kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi ialah mereka yang propembangkang dan berada di luar kawasan.
Begitu mudah legasi Lim Kit Siang ini membuat tuduhan walaupun DAP sendiri sedar kekalahan mereka di Teluk Intan adalah kerana sikap pemimpin DAP yang sering bermuka-muka selain daripada dasar perjuangan parti yang di tolak oleh majoriti rakyat Malaysia.
Entah bagaimana Guan Eng boleh pula menuduh UMNO sebagai dalang kepada permainan politik sedangkan DAP lah yang sering kali berusaha untuk memburukkan UMNO serta BN dengan bahan-bahan yang di sebarkan oleh mereka (RBA) sendiri dalam usaha mewujudkan kebencian rakyat terhadap BN.
Malahan Guan Eng turut di tempelak oleh bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim susulan sikap Guan Eng yang tanpa usul periksa membuat dakwaan tidak berasas itu, khususnya kepada UMNO.
"Pernahkah kita dengar, Guan Eng tidak menuduh orang UMNO atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kalau DAP kalah? Kalau buka mulut, memang tiada lain. Permainan ‘salah-menyalah’ memang nombor satu beliau.
"Saya tak peduli apa dia nak kata tetapi kalau kita masuk pertandingan, tak kira pertandingan apa, kalah atau menang itu perkara biasa. Kalau sudah kalah, tak usahlah tuduh orang lain,"
Tunku Abdul Aziz berkata, kekalahan DAP sebenarnya terletak kepada pemimpinnya yang berterusan mengetengahkan `permainan' politik kebencian dan ini membuatkan pengundi muak dengan strategi tersebut.
"Politik sebegini sudah tiada tempat lagi. DAP sekarang pun sudah berpecah-belah, orang dalam parti sendiri pun sudah rasa benci kerana DAP kini milik Dinasti Lim dan Dinasti Karpal," ujarnya.
Satu kenyataan yang cukup untuk membuatkan Lim Guan Eng bertambah bengang dan pada pandangan banyak pihak inilah bukti betapa pemimpin DAP sebenarnya tidak pernah ikhlas dalam perjuangan mereka untuk membantu rakyat.
- sumber
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....