Nuffnang

PANAS..... Kakitangan Awam Amal Rasuah Kerana Layari Facebook - SPRM


SPRM menerusi kenyataan medianya sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa :

"Melayari facebook waktu pejabat itu satu bentuk rasuah. Kenyataan ini ditujukan kepada kakitangan kerajaan yang melayari facebook waktu pejabat". 

Kenyataan ini mendapat respons yang pelbagai dari banyak pihak khususnya kakitangan kerajaan.





Ekoran kekeliruan ini, Timbalan Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sultan tampil membuat penjelasan bahawa :

"Beliau tidak pernah mengatakan bahawa melayari Facebook' pada waktu pejabat adalah satu bentuk rasuah. Sebaliknya, ia melibatkan diri dalam urusan peribadi yang mana merupakan satu tindakan 'curi tulang' yang bertentangan dengan etika kerja yang baik".


So, korang rasa la, kalau betul seperti apa yang dikata sebelum penafian ini, berapa ramai penjawat awam yang mengamalkan rasuah??? Hahaha...... habis tu yang berurusan dengan media sosial di agensi kerajaan atau kementerian tu kira macam mana pulak?

Jangan main sedap jer. Kesian juga kat diorang ni wei.... Habis tu yang kerajaan dok buat prasarana "bagai" untuk jalur lebar tu buat ape kalau tak boleh guna? Ibarat kerajaan buat highway lepas tu penjawat awam tak boleh guna highway sebab kena bayar tol. Macam tu ker????


Walaubagaimanapun, Datuk Sutinah telah membuat kenyataan balas bagi memperjelaskan kekeliruan ini.
 
PUTRAJAYA: Melayari laman web sosial atau melibatkan diri dengan urusan peribadi ketika waktu bekerja ialah melanggar etika kerja dan bukannya satu bentuk rasuah.

Dalam menjelaskan kekeliruan berhubung kenyataan media yang menggunakan namanya, Timbalan Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sultan berkata beliau tidak pernah mengatakan bahawa melayari 'Facebook' pada waktu pejabat adalah satu bentuk rasuah.
Sebaliknya, Sutinah berkata melibatkan diri dalam urusan peribadi merupakan satu tindakan 'curi tulang' yang bertentangan dengan etika kerja yang baik.
"Kami tahu rasuah itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk seperti unsur-unsur penipuan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan pihak tertentu dan sogokan.
"(Namun) curi tulang bukanlah satu bentuk rasuah. Ia adalah satu bentuk manifestasi kesalahan kerana melanggar etika dan budaya kerja," kata Sutinah selepas menyaksikan majlis menandatangani ikrar integriti korporat oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di sini, Rabu.
Ahad lalu, Sutinah dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata kakitangan awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melayari laman media sosial atau melibatkan diri dalam urusan peribadi semasa waktu bekerja boleh dikategorikan sebagai melakukan rasuah.
Dalam perkembangan lain, pada majlis ikrar integriti korporat, Sutinah berkata 161 organisasi sektor awam dan swasta komited selepas mereka menandatangani perjanjian membanteras rasuah.
Beliau turut mengingatkan syarikat-syarikat itu supaya mematuhi lima ikrar menentang rasuah iaitu: menggalakkan nilai-nilai pentadbiran yang baik dan berintegriti; mengukuhkan mekanisme dalaman dalam menangani rasuah; mematuhi undang-undang membanteras rasuah; mengawal sebarang bentuk rasuah dan menyokong insiatif anti-rasuah yang diwujudkan oleh kerajaan dan SPRM - mStar Online

read more...

Macam-Macam Ada Di Jabatan Belia Pulau Pinang. Anak Muda, Jom Serbu Wei!!!

Saper minat Remote Control? Ada.... Minat Autoshow? Ada.... Minat Karaoke? Ada.... Minat Hafiz Moto GP? Ada... Hmmm... Pendek citer, Macam-macam ada beb.

Khabarnya, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek akan hadir untuk merasmikan pejabat baru Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang. 




Sempena majlis ini, Jabatan Belia turut menjemput belia-belia di seluruh Pulau Pinang untuk melihat sendiri dari dekat kemudahan-kemudahan dan fasiliti yang ada di Kompleks ini serta merasai kemeriahan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan.

Antaranya memanah, autoshow, pertandingan karaoke, wall climbing, fun games, senamrobik mesra dan bersama ikon sukan Hafiz Moto GP dan Nabil AF3. Tidak ketinggalan sukan interaktif termasuk simulasi golf. Persembahan nyanyian, paintball target dan pertunjukkan game remote control.

Acara bermula seawal jam 7.30 pagi. Jadi, Tunggu apa lagi. Jumpa di sana....
read more...

PRU 13 : 3 DUN Bubar Sebelum Parlimen


KUALA LUMPUR 9 Jan. - Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan.

Tiga DUN yang terbabit itu ialah DUN Melaka, DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak. DUN Melaka terbubar dengan sendirinya pada 21 April ini, diikuti DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak pada 25 April.

Pembubaran DUN di negeri-negeri lain pula kebanyakannya berlaku selepas tarikh Parlimen dibubarkan.





Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang mengulas perkara itu berkata, sebaik sahaja terbubarnya Parlimen atau DUN secara sendiri, SPR diberi kuasa menjalankan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh pembubaran tersebut.

Tambah beliau, sehubungan itu, pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya antara akhir Jun sehingga awal Julai ini.

“Walau apa pun, berdasarkan peruntukan undang-undang PRU-13 mesti diadakan tahun ini juga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula ketika mengulas perkara sama berkata, SPR mempunyai tempoh masa panjang untuk mengadakan pilihan raya sebaik Parlimen dan DUN dibubarkan sama ada dengan sendiri atau berdasarkan kepada ketetapan tarikh oleh Perdana Menteri.

“Oleh itu, SPR akan menggunakan tempoh 60 hari itu sebaik-baiknya dalam usaha memastikan pilihan raya di peringkat Parlimen dan DUN diadakan serentak.

“Saya akui terdapat beberapa DUN yang telah memulakan persidangan sebelum sidang Parlimen pada 28 April ini tetapi itu tidak menjadi masalah kerana tempoh sidang DUN-DUN terbabit tidak jauh dari tarikh pembubaran Parlimen," jelasnya.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditanya mengenai persiapan pilihan raya umum berkata, sebanyak 200,000 petugas pilihan raya telah bersiap sedia menjalankan tugas masing-masing sebaik tarikhnya diumumkan Perdana Menteri.

“Begitu juga dengan persiapan dan persediaan kita dari segi logistik dan kemudahan pengangkutan. Kita mahu memastikan PRU-13 kali ini berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya kemungkinan pilihan raya umum akan datang diadakan pada cuti persekolahan hujung Mac ini, beliau berkata, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui - Utusan Online


read more...

Panas..... Mufti Kelantan Tempelak Nik Aziz


KOTA BHARU 9 Jan. - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) mengingatkan semua pihak di negeri ini tentang kalimah Allah yang eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

Menurutnya, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1 Disember 1981 telah meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 iaitu satu enakmen untuk menjaga kesucian kalimah itu.




Katanya, enakmen itu yang diwujudkan bagi mengawal dan menyekat penyebaran iktikad dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam, secara jelas telah menyenaraikan 24 perkataan termasuk kalimah Allah di bawah Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 enakmen sebagai hak eksklusif agama Islam.

Sehubungan itu, beliau secara sinis 'meminta' enakmen tersebut dipinda atau dimansuhkan sekiranya sudah lapuk dan tidak relevan lagi - UTUSANONLINE


read more...

MPP UiTM Selar Golongan "Pelampau" Jalanan


Pembangkang tidak seharusnya mencetuskan huru hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan jika mereka benar-benar ikhlas dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat, kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azraful Azman.

Beliau berkata, ini kerana perhimpunan dan protes hanya akan menyusahkan kehidupan orang ramai termasuklah menjejaskan periuk nasi para peniaga.




"Tengok perhimpunan-perhimpunan sebelum ini apa yang mereka dapat? Hanya timbulkan huru-hara dan kalau itu diteruskan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk apa yang kita nikmati selama ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ditanya mengenai cubaan pembangkang yang mahu mencetuskan peristiwa ala "Arab Springs", Azraful berkata, ia sangat keterlaluan kerana keadaan di negara ini jauh berbeza dengan beberapa negara di Asia Barat yang dilanda "Arab Springs", termasuk Syria.

Katanya, pembangkang harus sedar bahawa jika "Arab Springs" menular ke Malaysia, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda tidak dapat dielakkan sepertimana yang berlaku di Syria sekarang. - BERNAMA



read more...

Panas..... Papa Gomo Dedahkan Blogger Pisau.net Kepada Nga Kor Ming

Demi RM1,000, blogger Papa Gomo akhirnya tampil membuat pendedahan kepada Ahli Parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming siapa sebenarnya Blogger atau admin bagi Pisau.net




Nga yang memanggil akhbar Sinar Harian berkata : "Orang yang fitnah berdosa besar. Perbuatan baling batu sembunyi tangan merupakan perbuatan yang keji dan bersifat pengecut. 
  
"Saya di sini memberi masa 24 jam kepada pisau.net untuk tampil. Jangan berselindung di belakang nama samaran yang palsu,"


Hahaha.... Nga Kor Ming bercakap pasal FITNAH!!!!!


Kor Ming berkata tindakan menyembunyikan diri itu hanya membuktikan semua tuduhan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan beliau adalah bohong. 

Menurutnya, tindakan saman itu dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab memfitnah mereka berdua kononnya mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan politik.


Apa pun, gua tak nak ulas banyak, korang baca la sendiri pendedahan Papa Gomo ini di sini . Pisau, mana kau mau lari hah!!!


read more...

Ferguson Mahu Cole dan Lampard Sertai MU

LONDON - Alex Ferguson tetap mahukan Ashley Cole menyertai Frank Lampard di Old Trafford musim depan.

Bek kiri berusia 32 tahun itu amat dikehendaki Manchester United dan kedua-dua tonggak veteran Chelsea itu boleh diperoleh secara percuma sebaik menamatkan kontrak mereka pada penghujung musim ini.

Lampard, 34, telah dimaklumkan dia tidak akan ditawarkan perjanjian baharu, sementara Cole gagal mencapai persetujuan ke atas tawaran lanjutan setahun di Stamford Bridge.




Ferguson sanggup memancing dua pemain itu dengan kontrak 12 bulan dengan janji ia dilanjutkan untuk tahun kedua jika mereka masih dapat beraksi pada tahap terbaik.

Lampard agak berminat dengan peluang tersebut manakala Cole bercita-cita hendak mencari cabaran baharu di Perancis dengan Paris St.Germain dilaporkan meminati khidmatnya.

Ferguson akan kehilangan pasangan veteran, Paul Scholes dan Ryan Giggs yang dijangka bersara pada penghujung musim nanti.

Pengurus United mahu kekosongan itu diisi oleh mereka yang bukan sahaja berpengalaman luas tetapi mempunyai semangat juara untuk memberi tunjuk ajar di samping menjadi ikutan pemain-pemain muda. - AGENSI



read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top