Nuffnang

PANAS : KERUSI KOSONG DI PROGRAM NAJIB BERSAMA MAHASISWA

Panas... Panas.... Panas.....

Apa yang telah berlaku? Siapa yang mengendalikan program tersebut? Cukup ke promosi yang dibuat? Universiti mana? Pelbagai persoalan menyelubungi fikiran ini apabila terbaca tajuk sebuah blog hari ini. Ceh! Rupa-rupanya kerusi tu kosong selepas program tu selesai @ dalam erti kata yang lain, PM Kita DS Najib Tun Abd Razak telah pun selesai menyempurnakan acara yang disusun.

Sambutan luar biasa dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh mahasiswa dari pelbagai IPTA kepada DS Najib Tun Razak malam tadi jelas membuktikan bahawa dakwaan pelajar pro-pembangkang kononnya anak muda hari ini menolak kepimpinan DS Najib Tun Razak hanyalah omong kosong yang disokong oleh MINORITI pelajar yang sudah diresapi oleh fahaman politik pembangkang.

Bergema UiTM Shah Alam dengan laungan "We Love PM!", "Keranamu PM!" dan "1Malaysia!" oleh 10,000 mahasiswa dari seluruh IPTA di Malaysia ketika Majlis Perlancaran Yayasan Sukarelawan Siswa dan amanat PM bersama warga kampus malam tadi.

"Jika 100 orang pelajar turunkan bendera tempoh hari tidak bersama saya, di sini ada 10,000 orang bersama saya" inilah ungkapan yang diluahkan oleh DS Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan.

Baca lagi di Media Kedah
read more...

PENGGUNA SHELL V-POWER DILAYAN FELIPE MASSA

SEPANG - PEMANDU Scuderia Marlboro Ferrari, Felipe Massa telah mengejutkan pelanggan Shell V-Power dengan membantu mereka mengisi minyak itu di salah sebuah stesen minyak di sini semalam.

Massa yang akan membuat kemunculan Ke 10 di litar Sepang hujung minggu ini menyatakan kegembiraannya kerana dapat membantu pengguna menikmati kelebihan menggunakan minyak yang dibangunkan melalui teknologi F1.

"Ia pengalaman yang cukup hebat untuk datang ke sini dan bertemu peminat tambahan pula ia bukanlah sesuatu yang boleh saya lakukan setiap hari. Saya rasa saya telah melaksanakan tugasan saya (mengisi minyak) dengan baik sekali, hahaha".

Dalam pertemuan itu 3 peminat bertuah turut menerima cendemata yang ditandatangani oleh Massa.
read more...

PANAS!!! ROTIKAYA MOHON MAAF KEPADA MELIA AIMELIA BERHUBUNG ISU GAMBAR BOGEL

Bak ibarat episod drama, kemelut antara Blogger Roti Kaya dan Pelakon Melia Aimelia telah sampai ke babak penghujungnya. Industri perfileman negara terpalit sejarah hitam melibatkan media hiburan dan artis tempatan. Berikut adalah kenyataan terbaru ayang dikeluarkan oleh Roti Kaya berkaitan kemelut yang melanda ini.

Isu antara pihak Rotikaya.com dan Melia Aimelia telah menjadi salah satu berita utama untuk beberapa minggu yang lalu & kami rasakan perlu ada jalan penyelesaian. Kami sendiri tidak mahu perkara ini berlanjutan & menjadi sesuatu yang negatif dalam industri kita yang tidak sebesar mana ini. Entri ini ditulis khas sebagai satu permohonan maaf kami secara terbuka dan ikhlas buat Melia Aimelia & keluarga beliau.

Kami, warga kerja dan pegurusan Rotikaya Entertainment dengan ini memohon maaf kepada empunya diri, Melia Aimelia, ibu bapa dan adik beradik beliau juga saudara mara yang terpalit kesan negatif perbuatan kami menulis satu artikel berbunyi Gambar: Melia Aimelia Pelakon Video Lucah Ini Atau Pelanduk Dua Serupa?.

Kami berbesar hati & berharap pihak Melia Aimelia akan memaafkan kami atas apa yang terjadi dan semoga kita boleh bekerjasama di masa hadapan untuk memeriahkan & meningkatkan industri hiburan Malaysia. Terima kasih.

Mak aii...senangnye. Semudah ABC... Bukan tujuan untuk menghasut atau mengapi-apikan Melia, akan tetapi logik akal ini seakan-akan tidak dapat menerima kesudahan kemelut ini sedemikian rupa. Adakah semuanya berlaku demi mengejar populariti sekelip mata? Atau tindakan terburu-buru tanpa usul periksa yang diambil oleh Roti Kaya?

Apa pun, Roti Kaya dan Melia Aimelia "BERJAYA" meningkatkan bilangan pembaca dan pengikut masing-masing dengan "CERITA" sensasi yang dihidangkan ini.
read more...

2 PEMAIN SKUAD HARIMAU MUDA BAKAL BERAKSI DI LIGA JEPUN?

BIARPUN Harimau Muda gagal layak ke Temasya London pada Julai depan, jejak langkah yang ditinggalkan mereka sepanjang pusingan kelayakan Sukan Olimpik baru-baru ini berjaya di hidu pihak luar.

Sebuah kelab Liga Jepun dikatakan berminat untuk melamar sekurang-kurangnya dua pemain pasukan Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee itu. Namun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad enggan mendedahkan butiran terperinci perkembangan baru tersebut.

Hmm...agak-agaknya sape ye? Fadhli Shas? Wan Zack Haikal? Khairul Fahmi? Kenapa le Datuk Azzudin ni nak berahsia pulak? Adakah ini hanya usaha FAM sebelah pihak sahaja sedangkan Kelab Jepun ni tiada sebarang usaha? Bermacam yang bermain di fikiran seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan dan perhatian kepada skuad Harimau Muda ni.
read more...

ANAK ROZITA CHEK WAN MELARIKAN DIRI, BUKAN DICULIK

21 Mac – Pada hari Sabtu lalu, kecoh seketika dunia hiburan apabila anak dramatis jelita, Rozita Che Wan, Aniq Ezra dilaporkan hilang. Walaubagaimanapun Rozita mengesahkan bahawa Aniq Ezra, 14 tahun, telah ditemui di rumah rakannya di USJ Subang Jaya selepas aktiviti mencari yang turut disertai pihak polis dilakukan pada hari kejadian berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada rakan-rakan Aniq.

"Saya panik apabila mendapat tahu dia hilang tanpa sebab. Mujurlah dia akhirnya dapat ditemui atas bantuan pihak polis dan rakan-rakannya yang memberikan maklumat lokasi dia berada," ujar Rozita dipetik dari laman mStar. Tambahnya lagi, anak keduanya itu memberitahu polis yang dia lari dari rumah kerana merajuk terhadap Rozita yang melebih-lebihkan si abang (anak sulung Rozita) berbanding dirinya.

Kehilangan Aniq telah menggemparkan Twitter sekaligus menjaditrending topicdi kalangan pengguna laman sosial tersebut selepas dia dilaporkan hilang. Malah satu hashtag#PrayForAniqEzra telah diwujudkan sebagai usaha mengesan remaja berkenaan yang kali terakhir dilihat di kawasan perumahannya di USJ 11/12.

Aniq Ezra merupakan anak kedua Rozita hasil perkahwinannya dengan Azuar Effendy Zulkaply. Seorang lagi anak Rozita, Ammar Effendi, 15, sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa buli oleh pelajar di sekolahnya, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan, Pahang.

Disebabkan insiden itu, Rozita akhirnya menukarkan kedua-dua orang anaknya ke sebuah sekolah di Subang Jaya yang terletak berhampiran dengan kediamannya demi keselamatan mereka selepas dinasihati bekas suami Rozita.

Apa kes ni? Semalam Nurul Fatihah, hari anak artis kita Rozita Chek Wan pula. Ini kes anak yang tak kenang diuntung atau ibu bapa yang terlalu sibuk atau pengaruh rakan sebaya atau impak filem antarabangsa? Berapa kali atau da....

Tapi apa yang dapat kita pelajari daripada dua kes ini?
read more...

BADAN ANTARABANGSA KAGUM DENGAN BELIA MALAYSIA

Sumbangan belia Malaysia dalam pembangunan negara amat besar dari segi pembentukan masyarakat yang mendukung Perlembagaan Negara. Tidak dapat dinafikan bahawa belia Malaysia antara yang terbaik berbanding dari negara-negara lain di dunia ini.

Kagum dengan peranan yang dimainkan oleh belia Malaysia, Encik Marco Roncaradi , Pegawai Kanan Bahagian Sosial, Youth Focal Point UNESCAP, Bangkok telah mengunjungi Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk bertemu dengan Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM dan Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM bagi memperolehi maklumat mengenai bagaimana  MBM menggerakkan seluruh belia di Malaysia seiring dengan pembangunan negara tanpa mengenepikan nilai-nilai keagamaan dan kemanusiaan.

Pertemuan ini yang berlangsung lebih dari sejam turut membincangkan perkembangan belia di negara-negara lain dan turut dihadiri oleh Sdr. Salleh Majid, Pegawai Antarabangsa dari Pusat Belia Antarabangsa.

MBM sebagai penaung utama badan-badan NGO belia telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan hampir 8000 persatuan belia yang berdaftar. Telah menjangkaui 50 tahun penubuhannya, kini MBM menjadi salah satu organisasi induk belia yang paling aktif dalam menangani isu-isu pembangunan belia di peringkat global.
read more...

GEMPAR : SITI NUR FATIHAH TIDAK DICULIK TETAPI MELARIKAN DIRI

Berita terbaru, gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, dan berusia 15 tahun, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.

Apa nak jadi la Siti Nur Fatihah Mahadi ni. Narenasagaran berkata, remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya. Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.

Satu Malaysia kena tipu dengan berita penculikannya..sekarang pula tak nak balik berjumpa dengan ibu bapa dan keluarganya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata, gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami."Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top