Bak ibarat episod drama, kemelut antara Blogger Roti Kaya dan Pelakon Melia Aimelia telah sampai ke babak penghujungnya. Industri perfileman negara terpalit sejarah hitam melibatkan media hiburan dan artis tempatan. Berikut adalah kenyataan terbaru ayang dikeluarkan oleh Roti Kaya berkaitan kemelut yang melanda ini.
Isu antara pihak Rotikaya.com dan Melia Aimelia telah menjadi salah satu berita utama untuk beberapa minggu yang lalu & kami rasakan perlu ada jalan penyelesaian. Kami sendiri tidak mahu perkara ini berlanjutan & menjadi sesuatu yang negatif dalam industri kita yang tidak sebesar mana ini. Entri ini ditulis khas sebagai satu permohonan maaf kami secara terbuka dan ikhlas buat Melia Aimelia & keluarga beliau.
Kami, warga kerja dan pegurusan Rotikaya Entertainment dengan ini memohon maaf kepada empunya diri, Melia Aimelia, ibu bapa dan adik beradik beliau juga saudara mara yang terpalit kesan negatif perbuatan kami menulis satu artikel berbunyi Gambar: Melia Aimelia Pelakon Video Lucah Ini Atau Pelanduk Dua Serupa?.
Kami berbesar hati & berharap pihak Melia Aimelia akan memaafkan kami atas apa yang terjadi dan semoga kita boleh bekerjasama di masa hadapan untuk memeriahkan & meningkatkan industri hiburan Malaysia. Terima kasih.
Mak aii...senangnye. Semudah ABC... Bukan tujuan untuk menghasut atau mengapi-apikan Melia, akan tetapi logik akal ini seakan-akan tidak dapat menerima kesudahan kemelut ini sedemikian rupa. Adakah semuanya berlaku demi mengejar populariti sekelip mata? Atau tindakan terburu-buru tanpa usul periksa yang diambil oleh Roti Kaya?
Apa pun, Roti Kaya dan Melia Aimelia "BERJAYA" meningkatkan bilangan pembaca dan pengikut masing-masing dengan "CERITA" sensasi yang dihidangkan ini.
Gerila pemisah meningkatkan aktiviti mereka di Yala dan Songkhla
-
Di Yala, sekurang-kurangnya 10 serangan pembakaran dilaporkan, terutamanya
melibatkan pembakaran tayar getah di jalan raya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....