Sumbangan belia Malaysia dalam pembangunan negara amat besar dari segi pembentukan masyarakat yang mendukung Perlembagaan Negara. Tidak dapat dinafikan bahawa belia Malaysia antara yang terbaik berbanding dari negara-negara lain di dunia ini.
Kagum dengan peranan yang dimainkan oleh belia Malaysia, Encik Marco Roncaradi , Pegawai Kanan Bahagian Sosial, Youth Focal Point UNESCAP, Bangkok telah mengunjungi Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk bertemu dengan Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM dan Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM bagi memperolehi maklumat mengenai bagaimana MBM menggerakkan seluruh belia di Malaysia seiring dengan pembangunan negara tanpa mengenepikan nilai-nilai keagamaan dan kemanusiaan.
Pertemuan ini yang berlangsung lebih dari sejam turut membincangkan perkembangan belia di negara-negara lain dan turut dihadiri oleh Sdr. Salleh Majid, Pegawai Antarabangsa dari Pusat Belia Antarabangsa.
MBM sebagai penaung utama badan-badan NGO belia telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan hampir 8000 persatuan belia yang berdaftar. Telah menjangkaui 50 tahun penubuhannya, kini MBM menjadi salah satu organisasi induk belia yang paling aktif dalam menangani isu-isu pembangunan belia di peringkat global.
Gerila pemisah meningkatkan aktiviti mereka di Yala dan Songkhla
-
Di Yala, sekurang-kurangnya 10 serangan pembakaran dilaporkan, terutamanya
melibatkan pembakaran tayar getah di jalan raya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....