Nuffnang

PIALA SUMBANGSIH 2012 : KELANTAN 1 - 2 NEGERI SEMBILAN. GOL-GOL YANG DIJARINGKAN


Tahniah Negeri Sembilan.

Negeri sembilan menjulang trofi Piala Sultan Ahmad Shah apabila mengejutkan Kelantan 2-1 dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Wira Hoben Jang Hoben dalam perlawanan itu adalah penggempur import dari Cameroon, Jean Emmanuel Effa Owona yang menjadi pemusnah Kelantan dengan dua jaringan pada minit ke-31 dan 63 walaupun Red Warriors memimpin perlawanan terlebih dahulu melalui pemain paling bernilai tahun lalu, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-22.

Awang import mewarnai kembali liga bolasepak Malaysia!!!.

Untuk melihat gol-gol yang dijaringkan dalam perlawanan ini sila layari Blog illustrasiku
read more...

Nazmi Faiz Harimau Muda Telah Berpunya?


Gambar ini BB dapat dari laman Oh!Artis yang baru-baru ini menyiarkan berita tentang Kaka Malaysia ini yang dikatakan telah memiliki teman istimewa. Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak dapat disahkan. Tak kisahlah, janji jangan terus tenggelam dengan dunia glamer sudahlah. Zaman sekarang, budak sekolah rendah pun dah ada teman istimewa.



....................................

Oh! Artis


Siapa tidak kenal dengan Nazmi Faiz atau nama sebenarnya, Muhamad Nazmi Faiz Mansor. Nazmi Faiz dilahirkan pada 16 Ogos 1994 dan kini berusia 18 tahun merupakan salah seorang dari wira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia semasa di Sukan Sea Indonesia.

Selepas kebangkitan skuad Harimau Muda negara, nama Nazmi Faiz mula menitip di bibir peminat bola sepak negara terutamanya kaum wanita yang teruja dengan kekacakan Nazmi Faiz yang dikatakan mempunyai mirip seperti pemain terkemuka Brazil iaitu Kaka sehinggakan Nazmi Faiz mula diberi gelaran sebagai Kaka Malaysia.

Itu sedikit kisah mengenai siapa Nazmi Faiz dan kami pasti gambar ini tidak mahu dilihat oleh ramai gadis yang meminati Nazmi Faiz di luar sana.

Gadis ini bernama Tengku Fiella dan menurut maklumat yang kami terima, Tengku Fiella merupakan kekasih hati terbaru Nazmi Faiz. Kepada gadis-gadis yang terjerit-jerit nama Nazmi Faiz tu, janganlah kecewa pula. Baru kekasih hati je kot? Bukan isteri lagi. Apa yang paling penting teruskan sokongan untuk Harimau Malaya dan Harimau Muda kita.

Sumber : Oh!Artis
read more...

TUN M : GOLONGAN MUDA PERLU BIJAK BUAT PILIHAN

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihati golongan muda supaya bijak membuat pilihan dalam memburu ilmu pengetahuan untuk mengelak menjadi mangsa eksploitasi pada era maklumat yang penuh mencabar ini.

Gambar hiasan

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kini, kemahiran bukan saja diperlukan dalam memperoleh pengetahuan, tetapi juga dalam mencari dan mengamalkan sesuatu pengetahuan dengan cara yang sewajarnya untuk mencapai kejayaan.

"Hari ini, kita didatangi pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan maklumat yang sesetengahnya boleh menimbulkan bahaya serta kekeliruan, dan sekiranya kita tidak berhati-hati dalam membuat pemilihan, kita akan terpengaruh olehnya.

"Contohnya, propaganda dicipta bagi memutarbelitkan ilmu pengetahuan untuk meraih kelebihan tertentu, dan ia tidak selalunya baik.

"Akibatnya, orang akan tersilap membuat keputusan sekiranya mereka tidak cukup berhati-hati dalam memilih pengetahuan yang dicari,” kata beliau ketika menyampaikan ceramah pada Forum Pengurusan Ilmu di sini hari ini.

Forum sehari itu dianjurkan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM). – BERNAMA
read more...

SURAT TERBUKA KEPADA REDTMA MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami ingin menyuarakan ketidakpuasan hati kami tentang layanan terhadap kami di wall Tasik Ayer Keroh yang dijaga oleh pihak Redtma Melaka. Baru-baru ini kumpulan kami telah dihalau dan di "ban" dari wall berkenaan atas alasan yang tidak munasabah langsung.
Team kami telah lama memanjat di  Redtma, boleh dikatakan hampir 5 tahun. Team kami jugalah yang maintain wall berkenaan, membetulkan hanger untuk runner, memasang handhold, setup route, membantu orang bila mereka tidak mempunyai pekerja yang cukup.
Setiap kali kami ke situ kami juga terpaksa membayar 3 ringgit sebagai entry fees. Kami sebagai customer di situ juga tidak diberi layanan yang bagus. Sudahlah disuruh untuk membayar, lepas itu kami perlu membuat kerja juga, sedangkan pekerja Redtma hanya duduk bergoyang kaki.  Safety wall berkenaan juga menjadi satu masalah, hanger untuk meletakkan runner kebanyakannya longgar, berpusing dan berkarat.  Pada wall tersebut ada terikan satu tali nylon yang digunakan untuk menarik tali climbing ke atas, sudahlah tali berkenaan reput, oleh kerana kami tidak memberitahu pihak Redtma dan tidak mengikat tali berkenaan pada wall tersebut kami terus dihalau.
Antara alasan lain yang diberikan adalah kerana sampah di situ tidak dikutip dan rumput tidak dicabut. Kami sebagai customer di situ pun kena buat kerja ???? Habis itu, apa guna pihak Redtma mengambil pekerja?? Bukannya kami memanjat tanpa bayar. Wall Ayer Keroh itulah satu-satunya wall di Melaka. Mana lagi kami mahu pergi kalau bukan di situ.
Sikap manager di Redtma itu pula sangat tidak professional. Hanya mahu mencari masalah kami sahaja. Kami berharap sangat supaya ada pihak yang sanggup mengambil tidakan terhadap pihak Redtma ini. Dan bukankah wall KBS tidak perlu dibayar?? Keadaan panel wall yang baru pula sangat tidak selamat, panelnya  lembik senang pecah dan tiada unsur-unsur keselamatan di situ, handhold di wall tersebut pula sangat senang untuk berpusing dan sangat membahayakan.
Diharapkan ada pihak yang boleh mengambil perhatian dan tindakan yang sesuai  dalam menyelesaikan isu ini demi pembangunan belia negara.
Sekian.
P/s : BB hanya mengetengahkan isu yang disampaikan oleh pembaca.
read more...

PANAS!!! TOK PA TERKEJUT DISERBU MAHASISWA DI KOTA BHARU




Mahasiswa Kelantan hari ini berhimpun secara aman untuk menyambut kepulangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 300 pelajar itu adalah untuk menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN).

Kumpulan tersebut terdiri daripada mahasiswa daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).
Mereka mula berkumpul pada pukul 2.15 petang untuk menyambut kepulangan Mustapa ke negeri ini memegang sepanduk yang tertulis ‘Kami Sokong Tok Pa’ dan ‘Mahasiswa Kelantan Menyokong Gagasan 1Malaysia’.

Mustapa dalam ucapan ringkasnya di lapangan terbang tersebut berkata, perhimpunan ini membuktikan majoriti mahasiswa menyokong Kerajaan Pusat. “Dengan sokongan yang diberikan oleh pelajar Kelantan kepada Kerajaan Malaysia, jelas membuktikan majoriti pelajar mahukan kemananan, sopan, tertib dan beradab, yang hendak huru hara dan kaki ‘gedebe’ ini adalah kumpulan kecil sahaja.

“Kita mahu majoriti senyap ini bangkit menentang kumpulan yang mahu menimbulkan huru hara dan sedang dipergunakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta pihak-pihak lain.
“Saya sebagai bekas Menteri Pengajian Tinggi tahu majoriti mahasiswa kita menolak golongan yang menggangu keamanan.

“Sebagai contoh di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ada 20,000 penuntut, yang buat kecoh baru-baru ini 70 orang sahaja, ia tidak menggambarkan keadaan sebenar,” katanya.
Katanya, perjuangan untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak bermakna sama sekali.
“Mahasiswa perlu sedar perjuangan PKR hanya untuk seorang individu, tetapi demi Anwar seorang keamanan dan kenteteraman awam negara tergugat.

“Kalau ada masalah jangan turun ke jalan raya jumpa menteri, gunakan saluran yang betul dan kita bukan kuku besi atau autokratik, kita sebuah negara demokrasi dan kena hormati institusi demokrasi,” katanya.

Sumber : Khabar KB
read more...

1Malaysia Paling Popular




RAWANG 6 Jan. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berdasarkan satu kajian, jenama 1Malaysia adalah yang paling popular kini.

Perdana Menteri berkata, ia menunjukkan bahawa rakyat menerima jenama berkenaan yang bukan hanya satu gagasan tetapi juga satu falsafah yang boleh menjadikan sebuah negara yang kukuh dalam ikatan yang tidak mungkin terungkai.

"Apabila kita menyebut 1Malaysia ia bukan hanya satu ungkapan yang ceremonial sahaja.

"Bila kita sebut 1Malaysia ia menggambarkan kita ada satu keluarga besar dan kita ada kekuatan yang lebih,” katanya semasa melancarkan program Komuniti 1Malaysia di Bukit Sentosa, yang dihadiri kira-kira 50,000 orang, hari ini.

Katanya, falsafah 1Malaysia adalah inklusif dan tidak melupakan mana-mana golongan di dalam negara dan ia dengan sendiri memahami keperluan rakyat berdasarkan slogannya “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. Najib turut mengumumkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bakal diwujudkan di kawasan Parlimen Hulu Selangor. — BERNAMA

Dipetik daripada Panglima Perang
read more...

Keikhlasan dan Pengorbanan Hasan Ali Demi Anuar




Jika penulis kata Anwar tak bermoral, siapa dikalangan balaci nak percaya ye tak?  Tapi bila Hasan Ali yang kata, nak percaya ke tidak?  Tak payah penulis sebut siapa Hasan Ali sekarang dan kedudukkannya dalam Pas dan kerajaan Pakatan Selangor.

Tapi sejarahnya Hasan Ali dan Anwar pada satu ketika ibarat belangkas – tidak boleh dipisahkan.

Pada yang hijau pasal politik ni, penulis nak ingatkan, antara orang pertama yang berpaling tadah sebaik Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri ialah Hasan Ali.

Waktu itu PKR belum wujud, yang ada hanya ADIL yang lebih bertaraf Badan Bukan Kerajaan (NGO).  Sebab itulah pada pendapat penulis, Hasan Ali memilih untuk menyertai Pas sebab Anwar tidak ada platform politik yang boleh disertainya.

Pilihanraya umum tahun berikutnya Hasan Ali menang 2 kerusi sekaligus, Parlimen Parti Buntar dan DUN Sg Burong, menjadikan Hasan Ali makin selesa dengan Pas.

Pendek kata, Hasan Ali bermula dalam politik setelah Anwar dipecat dari jawatannya.  Sukar rasanya nak mengatakan tindakan Hasan Ali terjun ke dunia politik pada 1998, tidak berkaitan langsung dengan hal pemecatan Anwar Ibrahim.

Tapi kini Hasan Ali kata Anwar tak bermoral dan perjuangan mempertahankannya pada 9 Januari ini sebagai memualkan!!!

Penulis ketawa melihat kebodohan Pas membiarkan Hasan Ali sewenang-wenangnya merosakkan parti tersebut dari dalam dan kini mencemarkan imej Anwar pulak.  Baguslah tu, buatlah selalu sampai parlimen dibubarkan besok.

Penulis tak rasa UMNO ada peranan dalam hal terbaru Hasan Ali ini.  Dosa Hasan Ali kepada UMNO terlalu banyak, terlalu besar untuk dimaafkan begitu sahaja.

Bak kata seorang rakan, kalau Hasan Ali kencing atas kepala Nik Aziz sekalipun, masih lagi tidak mampu untuk menebus dosanya kepada UMNO.

Jadi apa pun yang dikatakan Hasan Ali ini memang benar-benar dari hatinya.

Dibanding dengan macai-macai pembangkang hari ini yang hanya kenal Anwar dari penulisan, Hasan Ali kenal Anwar luar dan dalam.  Siapa balaci nak dbandingkan dengan Hasan Ali ya?  Justeru kita tahulah nak lebih percaya siapa.

Dia sudah bakar jambatan dengan Pas, sekarang dia mahu bakar jambatan dengan PKR dan Anwar pula.

Macam mana UMNO nak gunakan peluang ini penulis tidak pasti tapi kalau dibiarkan sahaja beruk-beruk ini bergaduh sesama sendiri pun elok juga.

Sumber : mykmu.net
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top