Nuffnang

PERDANA MENTERI : Anwar, 2 Tahun Itu Tidak Semestinya - Tun Mahathir


Tidak dapat dipastikan sama ada peralihan kuasa perdana menteri kepada ketua umum PKR boleh dilaksanakan dalam tempoh dua tahun, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dua tahun itu bukan tempoh masa. Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu dipenjara, sebagai perdana menteri menunggu.

Pengerusinya berkata keutamaan kini adalah untuk mengembalikan kekayaan negara dan menstabilkan ekonomi selain menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kalau boleh dalam masa terdekat, saya nak atasi masalah-masalah yang dihadapi, itulah tujuan saya.

“Kalau saya berjaya, bukan duit yang penting. Yang penting adalah hasil kerja. Jadi inilah yang saya sedang usaha,” katanya.

Pemerhati Anwar

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang baru dilantik, Azmin Ali diberi kuasa lebih luas oleh Tun Mahathir terhadap syarikat berkaitan kerajaan untuk membendung pengaruh Anwar Ibrahim.

Akhbar tersebut juga menyatakan bahawa, langkah berkenaan pada masa sama mengukuhkan kedudukan Azmin dalam PKR dan memantau pengaruh ketua umum PKR itu yang juga bakal pengganti Dr Mahathir Mohamad.

Azmin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dikatakan berada dalam kem PKR yang bertentangan dengan Anwar dan isterinya, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Memetik sumber, laporan itu menyebut, portfolio hal ehwal ekonomi akan memantau syarikat pelaburan negara Permodalan Nasional Berhad dan Khazanah Nasional Berhad, selain syarikat besar minyak, Petronas. Syarikat-syarikat ini dianggarkan bernilai RM1 trilion.

Ia turut menyebut cakap-cakap bahawa agensi yang penting untuk kebajikan Melayu Islam seperti Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dan Felda akan diletakkan di bawah kementerian Azmin.

Sewaktu pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, syarikat-syarikat berkenaan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

“Skopnya sangat luas dan pelan awal untuk meletakkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi juga mungkin dibatalkan,” kata sumber dipetik akhbar itu.

“Tindakan oleh Dr Mahathir itu, yang menangkis beberapa cabaran terhadap kepimpinannya ketika kali pertama menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, dilihat sebagai satu lagi strategi pecah dan perintahnya,” lapor akhbar itu.

Dr Mahathir membentuk kerajaan selepas partinya, Bersatu menang 13 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 9 Mei. Jumlah itu lebih rendah berbanding 49 kerusi dimenangi PKR. Kedua-dua parti itu sebahagian daripada gabungan pemerintah Pakatan Harapan.

Presiden PKR Wan Azizah dinamakan sebagai timbalan perdana menteri tetapi parti itu tidak mendapat tempat untuk jawatan menteri bagi portfolio kanan seperti pendidikan, kewangan, pertahanan dan menteri dalam negeri, lapor akhbar itu.

Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar menjadi orang tengah di antara kerajaan baharu dan Raja-Raja Melayu yang masih berpengaruh dalam pelantikan jawatan utama institusi dalam negara.

Anwar mendakwa beliau menghadap Raja-Raja Melayu untuk memberi penjelasan berkenaan dasar kerajaan PH dan untuk meredakan kebimbangan bahawa pentadbiran baharu akan mengetepikan keluarga diraja.

Anwar juga menolak dakwaan bahawa beliau menggugat kedudukan perdana menteri. Walhal, keadaan itu sudahpun menjadi rahsia terbuka dan berlaku semasa mereka berdua berada dalam Kabinet dan Umno ketika penggal pertama Dr Mahathir menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003. – TMI
Share this article

2 Komen:

  1. Lantakla 2 tahun ka, 2 bulan ka, 20 tahun ka. Janji tetap janji

    BalasPadam
  2. Orang tak kisah le Mahathir atau Anwar.

    Janji bn jatuh.

    Banyak lagi Pemimpin berkaliber lain dlm PH yg boleh ambil alih kemudikan negara.

    Klau tengok kebanyakan wakil PH bagi ucapan dlm tv, jauh benor bezanya dengan wakil be end dulu.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top