Nuffnang

HASUTAN : Anwar Bidas A. Kadir Jasin, Polis Buka Kertas Siasatan!!!



POLIS mengesahkan Ketua Unit Media Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin disiasat berhubung tulisan di blognya berhubung peruntukan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kertas siasatan telah dibuka mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

Katanya, polis telah menerima tiga laporan terhadap Ketua Media dan Komunikasi, Majlis Penasihat Kerajaan itu susulan artikel yang ditulis di dalam blog peribadinya

“Kami menerima tiga laporan setakat ini dari Selangor dan Kelantan dan kertas siasatan sudahpun dibuka ke atas kes ini,”kata Fuzi seperti yang dipetik sebuah portal berita tempatan.

Siasatan itu berhubung catatatan di blognya dalam bahasa Inggeris bertajuk “Constitution: The King and the Pauper” yang disiarkan pada Isnin lalu.

Kadir malah mendakwa pihak kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM257 juta kepada Yang di-Pertuan Agong untuk 16 bulan sehingga April tahun ini.

Menurutnya, purata RM16 juta sebulan dibelanjakan oleh pihak istana meliputi penyelenggaraan kediaman dan istana, barangan peribadi, pesawat dan pengangkutan, latihan dan peralatan pengiring, pakaian dan barangan upacara, hadiah dan cenderamata, lawatan luar negara dan gaji kakitangan istana.

Bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press itu bagaimanapun tidak menyatakan sumber maklumat berhubung perbelanjaan istana itu diperolehi. - SUMBER

Dalam pada itu pelbagai kecaman dan kritikan ke atas A. Kadir Jasin dikesan di sosial media.




ANWAR IBRAHIM BIDAS A. KADIR JASIN

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Datuk Abdul Kadir Jasin berhubung peruntukan kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).


Beliau berkata walaupun hak untuk menyuarakan pandangan perlu dihormati, wartawan veteran itu perlu menunjukkan penghormatan dan ketertiban (decorum) dalam hal ini.

Katanya, kritikan itu juga dibuat tanpa memberi peluang kepada Institusi Raja-raja Melayu untuk memberi respons.

"Sekiranya buat kritikan sebegini tanpa memberi peluang kepada Raja-Raja Melayu untuk jelaskan jawapan, ia tidak sihat terutamanya menggunakan kedudukan yang ada.

"Saya juga lihat sejumlah penekanan, dan ada fakta (yang) dipertikai, saya rasa kita perlu lebih berwaspada," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan wakil rakyat PKR di sebuah hotel di Selangor, hari ini.

Beliau diminta mengulas artikel Abdul Kadir yang juga ketua media dan komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan di blognya hari ini, yang mendakwa kerajaan memperuntukkan RM256.9 juta antara Januari hingga April tahun ini untuk YDPA.

Namun beliau menyertakan penjelasan bahawa artikel itu ditulis atas kapasiti peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang jawatan yang dipegangnya.

Mengulas kontroversi sekitar pelantikan pakar perlembagaan Tommy Thomas sebagai peguam negara, Kadir dalam artikel itu berkata Raja-raja Melayu yakin dan tidak merasakan kedudukan mereka tergugat.

"Selama 16 bulan sehingga April tahun ini, sejumlah RM256.9 juta diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan tempat tinggal, istana, barangan peribadi, pengangkutan dan kapal terbang, peralatan dan latihan pengiring, pakaian dan barangan upacara, hadiah dan cenderamata, lawatan luar negara dan gaji pekerja istana," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sumber maklumat itu.

Menurut Perbendaharaan, kerajaan hanya memperuntukkan RM13.5 juta setiap tahun kepada YDPA.

Bina hubungan dengan raja

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau akan terus mengadakan pertemuan dengan Raja-raja Melayu bagi membuang persepsi Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak mesra golongan itu.

"Kami menghabiskan banyak masa dan usaha untuk mendapatkan raja-raja Melayu untuk melindungi pentadbiran ini dan memastikan peralihan kuasa yang lancar," katanya.

Dalam pertemuan itu, katanya, beliau juga memberi jaminan HARAPAN kekal komited mempertahan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam soal hak Melayu, serta kedudukan Bahasa Melayu dan Islam.

Katanya lagi, memang sukar untuk meyakinkan Raja-raja Melayu terhadap pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, justeru semua pihak perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan seumpama itu.

Anwar juga memaklumkan beliau kemungkinan besar tidak akan kembali ke Parlimen dalam sesi pertama yang akan bermula 16 Julai ini perlu memenuhi komitmen tempatan dan antarabangsa.

Beliau juga mengesahkan hanya akan kembali sebagai anggota parlimen, tanpa memegang mana-mana kementerian.
Share this article

1 Komen:

  1. ajenda halus ingin mengulangai kejayaan sebelum ini menghasut rakyat membenci istana sama seperti taktik yang dibuat kepada kerajaan umno/bn

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top