Menerusi Twitternya semalam, Ketua Pemuda UMNO itu menyuarakan mengenai isu membabitkan penguatkuasaan jabatan agama dengan menyatakan bahawa keutamaan adalah membantu golongan kesempitan hidup yang memerlukan bantuan.
“Daripada jabatan agama membelanjakan wang terhadap pegawai penguatkuasaan mencari mereka yang ponteng puasa, gunakanlah untuk membantu golongan asnaf dan membuat perkara yang baik.
“Dari segi ‘awlawiyat’ (keutamaan), adalah lebih penting kita membantu mereka yang memerlukan daripada menguatkuasakan kewajipan agama secara individu,” katanya di Twitter, Sabtu.
Kenyataan Khairy itu mencetuskan pelbagai reaksi kepada netizen dan salah seorang yang menggunakan nama @notreallyimran memberi pandangan bahawa adalah satu kemestian bagi jabatan agama menangkap orang-orang yang tidak berpuasa kerana berpuasa di bulan Ramadan merupakan salah satu Rukun Islam.
Khairy kemudiannya membalas: “Adalah wajib untuk anda mematuhi lima rukun itu. Tetapi bukan kemestian untuk orang menangkap anda kerana tidak melakukannya.”
Di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, orang Islam yang didapati makan, minum atau merokok secara terbuka pada bulan Ramadan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan, atau kedua-duanya.
Pada masa sama, Khairy turut menerima gesaan netizen supaya tidak sekadar bercakap kosong.
Bagaimanapun beliau menyifatkan, tindakan selanjutnya nbukan satu perkara yang mudah.
“Saya boleh bincang dengan Jamil Khir mengenai JAKIM dan JAWI, tetapi kena ingat jabatan-jabatan lain yang membuat penguatkuasaan di bawah kuasa negeri.
“Jadi, ia bukan perkara yang mudah untuk ‘tidak bercakap, sekadar melakukannya’. Agama merupakan urusan setiap negeri. Banyak jabatan agama Islam negeri di bawah Raja-Raja.
“Oleh itu, satu cara untuk melakukannya adalah dengan menggalakkan perbahasan awam. Jika jangkaan masyarakat berubah, maka akan ada tekanan terhadap jabatan-jabatan agama,” katanya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....