Nuffnang

REMPOH BASIKAL : Polis Sahkan Siasatan Selesai, Tunggu Tindakan Seterusnya


Polis telah menyerahkan kertas siasatan kemalangan basikal yang mengorbankan lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam, di sini pada 18 Feb lepas, kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata polis telah menyelesaikan siasatan mereka dan masih menunggu tindakan seterusnya.
“Di pihak polis, siasatan telah selesai dan kita masih lagi menunggu jika ada sebarang tindakan susulan kerana untuk pertuduhan ia mesti datang dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.

Dalam kejadian awal pagi 18 Feb lalu, lapan remaja lelaki maut manakala lapan lagi cedera apabila basikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta.

Kejadian berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, di sini.

Sementara itu, Wan Ahmad Najmuddin berkata Polis Johor akan melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 267.5 kilogram yang bernilai hampir RM11 juta yang dirampas dari tempoh 2003 hingga 2013.

Menurutnya pelupusan secara besar-besaran itu dilakukan dengan kerjasama syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di mana hasil rampasan tersebut akan dilupuskan di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

“Semua barang kes yang terdiri daripada dadah dan peralatan memprosesnya yang mahu dilupuskan melibatkan 3,537 kes dari 2003 hingga 2013 yang telah selesai dan mendapat kebenaran mahkamah dan Timbalan Pendakwa Raya negeri untuk pelupusan,” katanya menurut laporan Bernama.

Menurutnya dadah yang dilupuskan itu terdiri daripada heroin (2.1kg), ganja (44.3kg), ketamin (10.3kg) amphetamine (33.1kg), methamphetamine/syabu (47.8kg), nimetazepam/erimin 5 (45.2kg).

Kodein/ubat batuk (21.8kg), cafein (43.5kg), mitragynine/ketum (14.4kg) dan lain-lain dadah kira-kira 5kg.

Wan Ahmad Najmuddin juga berkata seramai 4,607 orang telah ditangkap tahun ini atas pelbagai kesalahan dadah di mana 4,487 daripadanya adalah warga tempatan, 102 warga asing dan 18 lagi ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (langkah-langkah pencegahan).

Kesemua tangkapan adalah dari Januari hingga Mac 2017. Polis juga merampas pelbagai jenis dadah seberat 850.59kg termasuk 15,691 pil erimin 5 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan hampir RM29 juta manakala nilai sitaan harta pula sebanyak RM12 juta,” katanya.-MS.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top