Nuffnang

CIUM PENGUATKUASA : Lelaki Dipenjara 7 Bulan (VIDEO INSIDE)


Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 7 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencium seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang menjalankan tugas, bulan lalu.

Tertuduh Cesar Jamanulla, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mahyuddin Md Som selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan hari ini.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan maksud mahu mencabul kehormatannya di hadapan Hotel Ansa, Bukit Bintang, Jalan Gading, dekat sini, jam 7.20 malam, 20 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat, atau mana-mana 2 daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Cesar yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia adalah penanggung tunggal keluarga.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, mangsa yang berusia 27 tahun itu sedang menjalankan tugas rondaan menyaman bersama rakan setugasnya apabila didatangi tertuduh yang melarangnya mengeluarkan saman.

Ketika mangsa hendak mengeluarkan saman untuk kereta terakhir, tertuduh sekali lagi datang dan mengatakan mangsa wanita yang cantik.

Mangsa tidak melayan tertuduh dan mengarahkannya memberi laluan untuk mengambil gambar kereta yang disaman, tetapi tertuduh bertindak memegang muka mangsa dan mencium bibirnya.

Mangsa menolak tertuduh, tetapi lelaki itu sekali lagi menerpa ke arahnya sehingga wanita itu menjerit memanggil rakan setugasnya yang kemudian menahan Cesar dan membawanya ke balai polis.

Share this article

1 Komen:

  1. Patut diHUKUM SEBAT 100x & HUKUMAN PENJARA lebih berat si jantan PEROGOL ni - sbb. dia dah sampai MENCIUM mangsa; juga patut dikenakan HUKUMAN bawah "FALSE IMPRISONMENT" bila menCABUL mangsa! Spesis PORNO BANGKAI BABI betul!

    Pegawai2 PENGUATKUASAAN mesti dilATIH dlm. TAE KWANDO atau SILAT - terutamanya kaum wanita; supaya dpt. memPERTAHANkan diri bila diSERANG spesis PEROGOL JUBOQ BABI mcm. ni! MENGGERUNkan - bayangkanlah betapa mudahnya wanita2 tersebut boleh diCULIK apalagi di kwsn. SUNYI!

    Tok Landak.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top