Nuffnang

BANTU SIASATAN : Polis Ambil Keterangan Tun Mahathir


Polis hari ini menyoal Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya.
Peguamnya Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengesahkan, Dr Mahathir disoal siasat polis di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

“Pasukan saya ada dalam sesi itu,” kata Haniff yang dalam perjalanan untuk turut bersama Dr Mahathir.

Ia bukan kali pertama negarawan itu disiasat.

Awal bulan ini, Dr Mahathir disoal polis berhubung kenyataannya yang Agong dan raja-raja berada di bawah “perintah berkurung”, serta peranannya dalam Deklarasi Rakyat, pergerakan yang menuntut peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak.

November lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengambil keterangan beliau di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur.

“Mereka bertanyakan soalan dan saya tidak jawab dan saya tidak tahu apakah sebab saya disiasat dan saya serah kepada mereka. Saya juga menyerahkan segala keputusan kepada mereka sekiranya mereka menahan saya,” katanya selepas disiasat.

Ia susulan tiga kertas siasatan dibuka terhadap Dr Mahathir atas tindakannya mengkritik perdana menteri secara terbuka.
Share this article

1 Komen:

  1. I HATE THIS MAMAK PUTAR ALAM PARIAH WHO THINKS HE OWNS THIS COUNTRY.

    YOU AND YOUR FAMILY ARE SCUMMY LEACHES WHO HAVE STOLEN ENOUGH FROM THIS COUNTRY!!

    GO BACK TO SOUTH INDIA!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top