Nuffnang

GUAN ENG GELISAH!!! SPRM Serah Laporan 'Banglo Murah" Kepada Peguam Negara


Siasatan dah siap. Guan Eng pasti sedang gelisah dan gelabah ketika ini. Ia susulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menyerahkan kepada Peguam Negara kertas siasatan kes melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, petang Rabu.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, dokumen yang telah lengkap itu akan diteliti Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya.

"Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.

"Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil," katanya.

Menurut Azam lagi, perkara tersebut adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.

Ahad lalu, pegawai SPRM berkunjung ke rumah Guan Eng untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya yang dikatakan pada harga di bawah nilai pasaran.

Sebanyak lapan pegawai SPRM dalam tiga kenderaan dilihat masuk ke perkarangan banglo Lim kira-kira 3 petang dan beredar kira-kira sejam kemudian.

Penasihat Undang-Undang Ketua Menteri Ramkarpal Singh berkata Guan Eng telah diminta memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri pada 10 pagi ini.

Pada 6 Mei lepas, Guan Eng dan isteri Betty Chew diminta memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung kes sama dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Siasatan ke atas Guan Eng dilakukan SPRM selepas me­nerima laporan daripada beberapa pihak berhubung pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu di Jalan Pinhorn, Jelutong, Pulau Pinang yang didakwa pada harga di bawah pasaran. 

Banglo itu dibeli Guan Eng pada Oktober lalu daripada ahli perniagaan, Phang Li Koon atau dikenali sebagai Miss Phang dengan harga RM2.8 juta iaitu jauh lebih rendah daripada nilai pasaran semasa hartanah tersebut yang boleh mencecah RM5 juta. 

Pembelian itu mencetuskan kontroversi selepas turut dikaitkan dengan penjualan ta­nah Taman Manggis di sini oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada syarikat swasta juga didakwa pada harga di bawah pasaran. 
Share this article

2 Komen:

  1. Kan dah cakap kes guan eng ni kita sabar je...cepat lambat pasti ada perkembangannya...SPRM tak boleh buat bodohe seperti selalu kerana semua mata dah terarah ke SPRM gara gara kes 1 mdb dan wang derma...so what goes around comes aroundlah. Dulu pembangkang begak angkuh sekarang kita tengoklah Dap dah jadi tikus kembung...senyap sunyi

    BalasPadam
  2. dap susah hati pan pun susah hati

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top