PETALING JAYA: Seorang penyokong bola sepak Pahang, Muhammad Masyhur Abdullah hari ini ditahan polis kerana dituduh mengutuk pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Peguamnya Chan Kheng Fai berkata, Masyhur, 29, ditahan di Balai Polis Batu 9, Cheras tengah hari tadi dan kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru.
“Beliau disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ekoran tulisannya di Twitter.
“Masyhur dibawa ke Johor kerana mungkin laporan ke atasnya dibuat di sana. Esok beliau akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Johor untuk polis mendapatkan perintah reman,” katanya ketika dihubungi FMT.
Seksyen 233 menyebut seseorang itu melakukan kesalahan sekiranya menggunakan kemudahan rangkaian untuk memulakan apa-apa komen yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati.
Sebelum dia ditahan, beberapa kumpulan Facebook mendesak laporan polis dibuat terhadap Masyhur dengan menyebarkan gambar yang cuba mengaitkan Masyhur kepada satu twit dan gambar ubah suai TMJ sedang menikmati hidangan gajah.
Gambar makan gajah itu menjadi viral selepas JDT menewaskan pasukan Pahang 6-0 dalam perlawanan Liga Super hujung minggu lalu.
TMJ dilaporkan berkata gambar makan gajah itu sekadar ‘suka-suka’ dan ‘sedikit perang psikologi’, namun bagi Masyhur, dia berdepan dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.
FMT difahamkan nasib yang menimpa Masyhur mendapat perhatian badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan menjadi perbualan di Twitter.
“Dalam bola sepak, takde istilah menghina anak raja. Kita menghina pihak lawan. Sebab tu bendera negeri, semangat bangsa tak perlu dalam bola,” komen Pipiyapong.
Kawan Masyhur, Padma Zachariah yang ada ketika dia ditahan memberitahu polis tiba di rumahnya pada kira-kira jam 10 pagi.
“Ketika itu saya ingin menghantar pembantu rumah untuk membersihkan rumahnya seperti yang diminta Masyhur. Saya ke rumahnya sekali lagi pada jam sebelas dan tengok dia sudah tiada.
“Saya terus ke Balai Polis Batu 9 (Cheras) dan dapat tahu bahawa polis yang ke rumahnya tadi datang dari Johor,” katanya yang berkata pihak polis bertindak penuh profesional dan baik sepanjang penahanan.
Ini bukan kali pertama peristiwa seumpama ini berlaku. Pada 20 Disember lalu, dua lelaki masing-masing ditahan di Kuala Lumpur dan Pahang dan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dipercayai menghina kesultanan Johor di media sosial. (SUMBER)
KERANA MULUT BADAN BINASA
BalasPadamKerana kote Apom binasa
BalasPadamhehehehe
PadamKenapa nak menghina...dah tak ada iman dan takwa ke kat hati...Islam ajar kita sabar..kan...
BalasPadamHina agama takda peduli, hina raja kedalam jawabnya. Only in malaysia puihh
BalasPadamSapa kata hina agama Islam tak de sapa peduli...cakap tu biar ada bukti..ingat alvin... Ingat..Abdul backer ke apa namanya lupa pulak..sekarang mana mereka...jadi orang tak bernegarakan..sbb.apa..sebb.hina agamakan...so jangan.taip sebarangan
BalasPadam