VIRAL : Anak Usahawan Jual Sandwich 20 Sen!!!
Kuala Lumpur: “Niat saya hanya untuk tolong orang susah dan tidak peduli dengan untung atau rugi,” kata seorang anak usahawan, Iman Sufiah Muhamad Taufik, 10.
Si cilik ini yang kisahnya menjadi viral di laman sosial sejak Sabtu lalu apabila menjual sandwic telur dengan harga 20 sen berkata, dia tidak menyangka tindakan itu mendapat perhatian umum.
“Saya buat semua ini untuk kebajikan, tetapi terkejut apabila ramai yang menjadikan situasi itu sebagai bahan bualan sehinggakan ada yang membeli barang jualan kami dalam kuantiti yang banyak.
“Semuanya bermula selepas saya melihat cerita orang susah yang banyak dipaparkan di televisyen, laman Facebook dan Internet. Hati saya cepat tersentuh dan kasihan melihat mereka kerana tidak mampu untuk membeli makanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Tidak hanya menjual sandwic telur, Sufiah yang ditemani adiknya, Iman Ayeisha Muhamad Taufik, 8, juga menjual bubur ayam, dadih, cekodok pisang dan mi goreng dengan harga sama sejak memulakan kerja amal itu pada 9 Disember lalu.
Sumber: Hmetro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



inilah cerita bagaimana pak lah bantu selamatkan n...

radiant concord wins court nod to sue dbkl over sh...

india s blusmart caught in gensol probe over alleg...

ai tools for monitoring terrorist threats

mortgage your house understanding the meaning and ...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....