Nuffnang

CAJ TERLAMPAU!!! Pelanggan Restauran Terkejut Dapat Bil Makan RM1,131


Lelaki Tergamam Terima Bil RM1,131 di Restoran Terapung Langkawi | Percutian bersama keluarga sesuatu yang sangat indah dan bernilai untuk setiap ahli keluarga.

Termasuklah lelaki ini yang mahu menerapkan momen indah itu dengan makan di restoran terapung yang terletak di Pulau Langkawi yang terkenal dengan makanan lautnya yang segar dan lazat.

Namun, sesuatu yang sangat memeranjatkan berlaku saat menerima resit bil makanan tengah hari mereka.

Lelaki itu, Zuhairi Adnan terkejut beruk apabila menerima resit bernilai RM1,131 termasuk 4 ekor ikan kerapu yang berharga RM700.

Apa yang lagi mengecewakan, suasana restoran tersebut yang tiada penghawa dingin dan kipas. Hanya terapung begitu sahaja.

Berikut merupakan luahan tak puas hati lelaki itu di laman sosial.

Terkejut beruk dpt bill mkn lunch td wif famili RM 1,131.00..tgklah tu harga ikan kerapu 4 ekor..makk aai..makan 19 org..ingatkn dlm around RM 300 je.bukan dlm a.cond pun.bukan dlm kedai pun..x de kipas pun..restoran terapung je,papan je

Makan kt sinilah td..bill RM 1,131.00..ikan kerapu 4 ekor Rm 700.00...huh..Langkawi ooh Langkawi


Menurut bil yang ditunjukkan, nama restoran terapung itu adalah Amin Floating Restaurant. Sungguh 'istimewa' menu yang dihidangkan sampai mencecah ribuan ringgit.

Nasihat kami kepada keluarga di luar sana yang mungkin tengah bercuti atau merancang untuk bercuti, tanya dahulu harga makanan atau periksa dahulu menu sebelum memesan.

Apa-apapun, tidak adil untuk kita terus menghukum restauran tersebut tanpa mendengar jawpan balas. Sama-samalah kita tunggu penjelasan dari Restoran Terapung Amin ini bagi mengelakkan sebarang fitnah atau kekeliruan.

Share this article

16 Komen:

  1. Ikan kerapu harimau tu memang mahal, sekilo sampai hampir RM 100.00, jadi patutnya orang yang beli tu tanyalah dulu harganya, jangan main hantam beli lepas kena bayar, salahkan orang itu dan ini pula.

    BalasPadam
  2. hahaha...padan muke..nk murah bukak restoren sendiri..ala makan 19 org baru dlm 60 sorang kire ok la bro..nk econ ape lau restoren kt tmpt sejuk cmtu..ni la namenya bingai..ckp la ko nk menunjuk yg ko mkn ribu 2 kt orang..percaya ckp aku lau bangsa lain gelakkan kau je..ddiorang punya minum je dh ribu 2, stkt dlm seribu tu celah gigi je..kwn aku makan milyar 2 tpi kt indon la..hahaha

    BalasPadam
  3. Ingin bercuti di Langkawi bersama keluarga? Kami menyediakan pinjaman RM10k dan RM20k bayaran mudah ansuran bulanan 10 tahun. Mudah lulus. Tanpa cagaran. Hubungi 01X-XXX XXXX
    sekarang.


    LIM TAT.

    BalasPadam
  4. Ayaq buah 35 hinggit satu jug?...wow!!
    Sirap 1 jug 15 hinggit??...wow!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Murahlah tu
      Kat sabah rest kampong nelayan rm 80. Nasib baik waiter tu info dulu.. kalau tak panas juga hati bila bayar bil.. l last order air kosong saja

      Padam
  5. bajet rm300 untuk 19 orang pergi makan mcdonalds lah bodoh. ape bendlahhh

    BalasPadam
  6. Aku tapau ikan talapia merah berempah RM20.. aku x bising sbb mmg harga mana2 kedai ikan bakar standard harga ikut 100g.. ko x caya naik supermarket besar ke kecik. RM16/100g x 4600g @ 4600g bahagi 4 ekor dpt 1150 darab dgn 16 dpt la harga 184 seekor. Lain kali kat tempat pilih ikan dah ada senarai harga. takde guna report online...ini sama kes mcm 100% otak melayu psl doktor jahit guni.. apa2 hal tanya dulu@belajar dulu bkn main online bukan2.. nasib baik aku bkn otak 100% melayu.

    BalasPadam
  7. ok lah mana mahal dizaman ini,,,,,,,,selalu2 lah makan luar , shark fin semangkok yg pure rm100 seorang,nak bersedekah dgn keluarga jgn kira mahal

    BalasPadam
  8. Cuba tengok ikan kerapu tu besar mana ....tunjuklah...tak tunjuk tak tahu....kalau kecil mmg tak berbaloi lah 4 ekor sampai rm700 lebih...tapi kalau kepala dia pun besar dulang memang patutlag.dah namanya seafood.saya anak dua je kalsu makan seafood tak ready duit Rm 200 jangan haraplah,

    BalasPadam
  9. Berpatutan pun kalau dah 1000++ still melampau, kalau 600-700 boleh paham lagi.
    1 jug air tembikai RM35? melampau gila, RM20 pun ok lglah
    1 plain ommellete RM8?? Telur kosong je, RM5 pun ok lah..
    Melampau sangat.. kedai Melayu k? betul-betul amik peluang ni.
    dah macam Najib dah haha

    BalasPadam
  10. memang mangkok hayun dah tau takde duit yg belagak belanja sedara mara makan kerapu tu kenapa-----bingai

    BalasPadam
  11. You makan kat kilim geopark tu bro. Bukan calang org boleh makan kat tempat tu. Esklusive tu. World heritedge. Kalau dibenarkan Cina buat restoren kat tempat tu.. kerapu 4 ekor mau rmm7000.00

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. tak tau lah org msia ni kata ekonomi tak bagus tp skali mkn smpi beribu2.. bila duit tak cukup salah kan Najib.. aku makan nasi bajet je RM3.. tp tak penah plak salahkan kerajaan, yg byk salahkan kerajaan kata hidup susah yg pakai honda accord baru, yg mkn smpi beribu2 susah apa ke jadahnya tu..

    BalasPadam
  14. nasih putih 1 "B" harga RM 8 !!!
    melayu makan melayu ahhahaha

    BalasPadam
  15. Jangan salahkan Langkawi, belambak lagi kedai murah di pekan dan kampung. Lagi sedap, pelayan dia pun lawa-lawa.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top