Nuffnang

MH370 : Laporan Polis Penemuan Bangkai Pesawat Dan Rangka Manusia



Polis Sabah telah mengesahkan mereka menerima satu laporan tentang penemuan sebuah bangkai pesawat yang mempunyai logo Malaysia di pulau Ubian, selatan kepulauan Filipina.

Laporan berkenaan dibuat oleh seorang lelaki yang turut mendakwa bangkai berserta mayat manusia itu ditemui oleh saudaranya pada awal bulan September.

Lelaki terbabit membuat laporan bagi pihak saudaranya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu membuat laporan itu di Balai Polis Sandakan pada hari Sabtu.

"Perkara ini sedang disiasat", katanya memetik laporan The Star.

Menurut laporan, lelaki berusia 40-an yang bekerja sebagai juruteknik audio visual itu, saudaranya beserta beberapa yang lain sedang memburu burung ketika mereka menjumpai bangkai tersebut.

Mereka kemudiannya mendekati bangkai itu dimana mereka menjumpai rangka manusia. Mereka juga turut menjumpai rangka di bahagian tempat duduk juruterbang yang masih lagi memakai tali pinggang.

Sebelum meninggalkan tempat kejadian, mereka mengambil satu bendera yang dijumpai bersama bangkai itu.

Lelaki terbabit kemudian memberitahu polis mengenai penemuan bangkai tersebut yang mungkin pesawat MH370 yang dicari-cari selama ini.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top