Nuffnang

WAJAR KE? Had Umur Penunggang Motor Dinaikkan?


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa menaikkan had umur minimum penunggang motosikal kepada 21 tahun berbanding 16 tahun ketika ini. Presidennya, SM Mohamed Idris berkata had umur itu perlu dinaikkan kerana penunggang motosikal adalah pengguna jalan raya paling terdedah kepada risiko berikutan keadaan kenderaan yang tidak stabil serta tanpa perlindungan ketika berlaku kemalangan.

“Setiap tahun, purata 465,000 kemalangan jalan raya berlaku dengan hampir 7,000 kematian dan 60 peratus atau 4,200 kematian itu adalah daripada penunggang atau pembonceng motosikal. Daripada jumlah itu, 40 peratus adalah bagi kumpulan umur 16 hingga 25 tahun”, katanya.

SM Mohamed berkata ramai daripada penunggang muda itu tidak memiliki lesen dan menggunakan motosikal ibu bapa mereka atau adik beradik tanpa kebenaran. Penunggang muda yang sering tidak memakai topi keledar kerana tidak pernah menjalani latihan formal dan tidak memiliki skil, sikap dan mental untuk berdepan situasi di luar jangkaan ketika di jalan raya.

CAP turut mencadangkan latihan yang lebih ketat dikenakan oleh sekolah memandu untuk mengajar skil tunggangan defensif manakala ujian juga perlu diketatkan selain menangani isu lesen palsu.

Sumber : mstar online 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top