JITRA - Mayat seorang bayi yang dikerat 6 bahagian ditemui di dalam tangki najis sebuah rumah di Kampung Manggol, petang semalam.
Susulan penemuan yang mengerikan itu, ibu kepada bayi berkenaan yang berusia 31 tahun ditahan polis.
Menurut pihak polis, mangsa pada mulanya mengadu sakit di bahagian pinggang ketika berada di rumah datuknya. Wanita itu kemudian dihantar ke klinik dan doktor memaklumkan dia hanya mengalami masalah angin dan kurang gula sahaja.
Wanita itu kemudiannya pulang ke rumah dan tidur. Namun, terjaga pada jam 1 petang, mengadu sakit perut sebelum ke tandas.
"Dia hanya keluar sejam kemudian selepas melahirkan anaknya dalam tandas tetapi tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarganya," katanya.
Wanita itu mengalami pendarahan pada keesokan harinya dan perkara itu hanya disedari oleh keluarga pada jam 1.45 petang semalam selepas menghantar wanita itu ke Hospital Jitra.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan koyakan di bahagian kemaluan. Wanita itu mengaku telah melahirkan anak dan membuangnya ke dalam tong sampah.
Pihak hospital terus melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Mangsa mengaku membuang bayinya yang dikerat kepada 6 bahagian menggunakan senjata tajam sebelum dibuang ke dalam lubang tandas.
Hasil siasatan polis di rumah mangsa berjaya menemui beberapa tubuh badan bayi yang dikerat di dalam tangki najis. Namun beberapa bahagian yang lain masih belum ditemui.
Mangsa ditahan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana berlaku pendarahan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....