Nampaknya kepimpinan ulama' PAS terus-menerus diasak samada dari pihak luar mahupun dari dalam PAS itu sendiri. Kali ini giliran pemimpin No. 2 PAS iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menggesa kumpulan Islamis dalam parti itu untuk “mereformasi” dan “menaik taraf” diri mereka supaya kepimpinan ulama kekal relevan.
Katanya, PAS harus melaksanakan apa yang diperkatakan dan tidak harus membenarkan kebangkitan tokoh sekular "Kamal Attaturk" bangkit kerana rakyat sudah mula bosan dengan retorik atas nama Islam, seperti yang berlaku di Turki.
Beliau mengulas kenyataannya sebelum itu yang memberi amaran bahawa akan sampai masanya rakyat Malaysia mengundi “Jokowi” seperti presiden Indonesia Joko Widodo.
Mohamad Sabu, yang popular dengan gelaran Mat Sabu, berkata mengagumi ramai tokoh dan tidak hanya personaliti Islamik.
“Saya hargai Ayatollah Khomeini (Iran), Syed Hossein Nasrullah (Lubnan), Ho Chin Minh kerana menyatupadukan Vietnam menentang AS, Fidel Castro kerana menyatupadukan Cuba, Mother Teresa kerana layak untuk Hadiah Nobel.
“Ini tidak bermakna saya mengikuti agama mereka.
“Saya orang Islam dahulu. Saya hormati ulama tetapi ulama harus bertindak relevan dengan zaman dan tidak membiarkan umat Islam mencari eskapisme lain kerana mereka bosan dengan retorik,” katanya lagi.
Persoalan menarik yang sedang bermain di benak penulis adalah sejauh mana kepimpinan Ulama di dalam PAS dapat bertahan dari serangan puak-puak endorgan yang saban hari mencari ruang dan peluang untuk "menguasai" PAS. Apakah PAS juga akan mengalami revolusi kepimpinan sekiranya mengambilkira kepada tokoh-tokoh yang menjadi rujukan kepada Mat Sabu?
Atau anda mempunyai pandangan lain?
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan “Selamat ulang tahun ke-7 Datuk Seri Anwar As-Syeikh Al-Juburi sebagai PM ke-6 Malaysia”. Semoga bertambah pembohongan dan terus menipu pencacai PR hendaknya…
BalasPadam