Tiga calon berpotensi bagi mengisi jawatan menteri besar menghadap Sultan Selangor untuk dinilai kesesuaian sebelum diumum sebagai individu yang akan mengangkat sumpah pada Selasa ini.
Tiga calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PAS dan Parti Keadilan rakyat (PKR) negeri iaitu Iskandar Samad (Ahli Dewan Undangan (Adun) Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (Adun Bukit Antarabangsa).
Difahamkan, ketiga-tiga calon ini telah menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah secara berasingan di Istana Kayangan, Klang pada awal minggu.
Pertemuan itu merupakan fasa terakhir untuk membuat keputusan terbaik melantik pengganti kepada Tan Srhim.
Majlis menangkat sumpah bagi jawatan ini disahkan akan berlangsung pada Selasa dan kad jemputan sudah diedarkan.
Menurut sumber, ketiga-tiga nama ini telah diminta untuk menghadap Sultan bagi membolehkan 'temuduga' dibuat sebelum calon paling layak dari segi personaliti dan kebolehan dilantik ke jawatan berkenaan.
Dimaklumkan dua nama lain yang turut serta dalam pertemuan untuk 'menemuduga' calon terbabit ialah Setiausaha Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi, penasihat undang-undang negeri Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan dua lagi ahli Majlis Diraja Selangor.
Menurut sumber lagi, setiap calon dipanggil menghadap selama lebih satu jam untuk ditemuduga dalam keadaan baik dan mesra.
Ketiga-tiga wakil rakyat ini diberitahu agar bersedia untuk dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Ini bermakna nama calon menteri besar akan diketahui selewat-lewatnya pada Isnin.
Menurut sumber lagi, Azmin dilaporkan telah menemui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi pada Khamis bagi memaklumkan bahawa beliau 'ditemuduga' oleh Sultan kerana tidak mahu wujud salah faham dalam konflik yang semakin 'berbelit'.
Anwar dikatakan menerima berita ini dengan positif dan bersetuju dengan "masa untuk berubah' - bertentangan dengan dakwaan bahawa PKR dan DAP akan meminta pilihan raya negeri diadakan jika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah tidak dipilih.
Kedua-dua calon PAS ini adalah antara tiga nama yang diberikan kepada istana bagi mematuhi permintaan Sultan supaya setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencalonkan tiga individu untuk dilantik sebagai menteri besar.
Pihak istana kemudiannya berkata, Sultan akan melaksanakan hak untuk memilih menteri besar seterusnya dari senarai yang dihantar PAS atau calon yang tidak dicadang.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....