Nuffnang

OKU TERABAI!!! Wardina Salahkan Kerajaan - PULAK DAH!!



Wardina Safiyyah tidak mengambil masa yang lama untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan dan polisi negara terhadap remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun yang dikurung sehingga kurus kering mendapat perhatian dan simpati masyarakat dengan nasib remaja malang itu.

“Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,” Wardina memulakan tulisan di Instagram.





“Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”

“Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”

“Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” tambahnya lagi.

- SUMBER

Untuk rekod terdapat pelbagai agensi mahupun NGO yang ada di negara kita yang membantu individu, keluarga mahupun masyarakat berkaitan OKU. Buat sahaja carian di Pak Cik Google, bersepah ada :





KLIK LINK untuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat


Kepada Wardina jangan terlalu mudah meletakkan kesalahan ke atas orang lain tanpa kita sendiri berikhtiar dan berusaha untuk membantunya.
Share this article

15 Komen:

  1. itulah wardina yang kita kenali..katak kena langgar dek lori pun disalahkan kerajaan. Dia membesar dan segalanya yang "besar" padanya kenapa tak disalahkan kerajaan???

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap wadina dpt ank oku nti ble la dpt pembelaan sewajarny

      Padam
  2. Terima kasih atas pandangan puan , kita mencadangkan jika puan tidak bernasib baik menapat anak OKU maka berpindahlah ke Australia yang dikatakan lebih baik dari yang terbaik boleh dilakukan oleh negara ini.

    Sebelum menyalahkan mana-mana pihak selidiki dahulu fakta kenapa dan megapa untuk mencari jawapan terhadap apa juga persolana yang timbul dan bukan hanya ambil pena terus salahkan kerajaan.. Dapatkan dahulu fakta dari ibu si OKU kemudian baru lah buat analisa dan andaian. Kita memang tidak juiga bersetuju dengan cara JKM mengatasi masalaah OKU sejak dari dulu lagi , jika Australia boleh berikan 10 perkara seperti kata wardian cukup negara ini berikan 3 atau 4 kerana kemampuan ekonomi kita yang terhad cuma soal pokok adalah tanggungjawab ibubapa yang mempunyai anak OKU.

    BalasPadam
  3. Dia juga rakyat yang boleh berkata-berkata ...begitu juga dengan admin ... tiada kerajaan yang perfect di dunia ni...

    BalasPadam
  4. Betul..banyak badan NGO dan sebagainya...kalau maknyer boleh berselfie ber FB bagai...kenapa nak google2 cr bantuan tak pula diusahakan....

    BalasPadam
  5. Walaupun beratt untuk menerima kritikan tetapi mungkin ada benarnya APA yg Di katakan oleh wardina .... Siapa yg mempunyai saudara Mara.. Anak anak oku ...pasti lbh memahami keadaan sebenar .....

    BalasPadam
  6. kenapa kita bermain dengan sentimen siapa yang mempunyai saudara mara atau anak-anak OKU lebih memahami keadaan sebenar...adakah kita merungut...adakah kita nak kata orang lain takkan faham...kata OKU anak syurga..patut kita lebihkan lagi pahala untuk masuk syurga..bukan mencari sengketa..kesian anak-anak OKU jadi mangsa alasan...jangan terlalu naif dalam banyak hal terutama bila sesuatu isu dibangkitkan...dalam isu Wardina ini...saya pun tak setuju jika nak salahkan kerajaan atau mana-mana agensi atau badan atau sesiapa sahaja..kalau mak ayah tak daftar anak sebagai OKU..masakan kerajaan nak tahu..dan jangan la bandingkan Malaysia dengan Ausralia..tengok aja lah matawang kita yang kecik..nak bezakan Australia yang statusnya negara maju...orang kafir pun tak menunding ke kerajaan mereka...tp kenapa kita...ada segelintir masyarakat Malaysia ini memang suka menunding jari kepada mana-mana pihak lain ke? daripada kita tunding jari ke pihak lain..baik kita cari jalan penyelesaian..itu yang terbaik...maaf lah..kalau pendapat saya orang tak suka..tapi bagi saya...baik jika kita win-win situation...think positif dan jangan selalu negatif...betul tak? peace yooo...hihihi

    BalasPadam
  7. Terlalu bnyak berfikiran negatif terhadap kerajaan ginila jadinya...

    BalasPadam
  8. Dah Wardina pun memang warga Australia.. siap ada passport lagi..

    BalasPadam
  9. Yang baik dan positif jadikan teladan dan panduan. Tiada salahnya. Hanya mungkin cara Wardina berkata-kata seolah-olah anjing menggigit tuan.

    BalasPadam
  10. Kak Wardina kena faham topik nya sekarang ibu budak OKU tu tinggalkan anaknya.Kalau diikutkan,akak Wardina patut nya ulas tentang 'bagaimana nak beri pendedahan kepada ibu2 tunggal lagi2 yg anak OKU untuk mendapatkan bantuan kerajaan atau bantuan lain2'.Bukan direct akak Wardina salahkan kerajaan.DAH LARI TAJUK AKAK OOOIIIII

    BalasPadam
  11. Msalah skg kenape mak die kurung??kalau oku tu dibiarkan bermain berjalan melakukan sebarang perbuatan yg biase.die ade hak untuk berada di mana mana di negara malaysia ini.so wardina you patot pergi mam.cakap xde otak.mak die la yg salah yg nak g slh kejaan bakpe.mung g tgk brape byk pusat kebajikan kat mesia ni.cakap xde otak

    BalasPadam
  12. Salahkan diri sendiri dan masyarakat sekeliling yang tidak prihatin. Kerajaan tak bersalah. Kemudahan dah ada. Nasib baik akak imigresen terjumpa budak itu dan menolong. Pegawai kerajaan tu. Wardina pi balik Ostolia.

    BalasPadam
  13. saya ada anak OKU.Banyak bantuan kerajaan beri kpd anak saya.malah,buku panduan bantuan utk OKU juga ada.kalau ada anak OKU,daftar kat JKM.ada sebahagian mak bpk yg malu nak daftar.disebelah kedai saya juga ada kedai yg dimiliki OKU.Mcm mcm mereka dpt bantuan kerajaan.saya harap rakyat malaysia selalu ikut media arus perdana supaya kita tahu apa nak buat,bukan menyalahkan orang saja.

    BalasPadam
  14. wardina ni dulu mesti budak tak pandai waktu sekolah. Sekarang nak tunjuk pandai pula. Selidik dulu perkara sebenar dari mula, adakah benar apa yang kamu sangka. Perkara seperti ini dah biasa diuruskan dan tiada pengabaian. Kau lebih pandai pindah lahke Aus.. yang kau sanjung. senang kau nak balik seperti asal dan orang pun tak nampak apa yang kau buat

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top