Pakatan Rakyat bakal ber'pecah'?
Atau Pakatan Rakyat di Selangor akan 'merudum' sekurang-kurangnya di Selangor?
Para pengundi khususnya di Selangor sedikit sebanyak tertanya-tanya, betul ke DAP, PKR dan PAS sedang berada dalam satu 'Pakatan'?
Mereka berhak mendapat pencerahan kerana mereka yang memberi undi kepada calon-calon DAP, PKR dan PAS dalam 2 PRU yang lalu sehingga Pakatan Rakyat memenangi dua penggal berturut-turut dengan bergaya.
Setelah masuk ke penggal kedua, rupa-rupanya ada 'manusia' merasa akan ke'seronok'kan menjadi Menteri Besar di negeri yang terkaya di Malaysia ini.
Terdengar suara-suara samada samar-samar atau terang-terang mahukan jawatan MB itu yang dalam lain perkataan MB sekarang. Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim harus diturunkan dari 'takhta'nya.
Semua orang tahu bahawa ada 'individu' tertentu dalam PKR sudah lama mengidamkan jawatan itu, namun PAS menjadi 'batu penghalang' kepada cita-cita yang dianggap penuh dengan 'nafsu-berahi' itu.
Ada individu dalam DAP yang jelas dengan gaya bahasa yang agak ''KESAT", yang sama sekali tidak patut dikeluarkan sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat.
PKR dan DAP melepaskan beberapa peluru 'hidup' dan 'buta' dengan harapan Tan Seri Abdul Khalid akan turun, namun setelah tidak berjaya, pengundi nampak seolah-olah mereka meng'guna'kan beberapa pimpinan PAS Selangor pula. Ini jelas ada beberapa orang PAS yang 'vocal' yang tidak septatutnya mengeluarkan kenyataan terbuka serta terheret dalam kemelut ini dengan mengeluarkan pendapat mereka seolah-olah menjustifikasi kepada rakyat Selangor bahawa Tan Seri Abdul Khalid patut turun menyerahkan kerusi yang dianggap 'panas' itu.
Saya amat bersetuju dengan pendpat Persuruh Jaya PAS Selangor, seperti berikut,......"Jangan sama sekali hasrat rakyat biasa diketepikan. Mereka juga mempunyai hak kerana seorang Menteri Besar itu bukan sahaja milik orang politik tetapi juga milik seluruh rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. "
Kenyataan Anwar seperti DI SINI, walaupun nampak sebagai berdiplomasi, namun saya berpendapat, beliau gagal dalam menangani kemelut ini selaku 'KETUA' Pakatan Rakyat yang bakal menjadi Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat memenangi PRU nanti.
al-brangionline:
"PKR" dan "DAP" 'kencing....."PAS" pula nak dijadikan 'pampers'......tak takut ke rakyat akan mem"basuh" kencing yang hancing itu dalam PRU nanti ke?
- SUMBER
Walaupun umum mengetahui bahawa PR di Selangor berada dalam kekalutan, namun BN Selangor khususnya pejuang-pejuang UMNO tidak harus mendabik dada lebih-lebih lagi dengan kepimpinan UMNO yang ada di Selangor ketika ini. Jangan haraplah untuk merampas kembali Selangor sekiranya kepimpinan yang ada tidak melakukan perubahan.
Dan rata-rata pengundi khususnya golongan muda yang ditemui menyatakan bahawa mereka tidak memilih UMNO atau BN bukan di atas alasan menolak perjuangan parti tersebut, sebaliknya jelik dan menyampah dengan kerenah pemimpin-pemimpin yang ada itu sendiri.
Jadi.... fikir-fikirkanlah wahai pemimpin-pemimpin berstatus 'bangsawan" yang masih mampu bertahan sekiranya tidak mahu menerima nasib yang sama.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....