Nuffnang

PEDAS!!! Pesanan Tunku Aziz Dan Prof Sahol Buat DYANA!!




“Nasihat saya kepadanya, sentiasa buka mata dan sentiasa mendengar. Juga lihat kepada setiap langkah dan keputusan yang diambil DAP, dan lihat juga langkah kamu (Dyana) sendiri adakah kamu mempertahankan keistimewaan Melayu itu sendiri.

“Kenapa saya cakap begini, ini kerana DAP sudah lama mengatakan bahawa mereka tidak menentang Melayu, dan mereka adalah parti berbilang kaum, tapi saya rasa semua tahu bahawa DAP bukan satu parti yang demokratik,” katanya ketika dihubungi.

Ini antara ingatan dan nasihat bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ketika diajukan berkenaan wanita Melayu yang jadi calon DAP itu.

Menurut Tunku Abdul Aziz, Dyana perlu belajar untuk melihat dengan ‘critical eye’, dia juga perlu belajar melihat kepada larger interest of the Malays.

“Dia juga seorang Melayu dan dia juga cakap bahawa dia tidak mahu kepada perbezaan kaum dalam politik.

“Sebenarnya pada saya, apa yang dia cakap itu hanyalah suara yang selama ini Lim Kit Siang cakap, Lim Guan Eng cakap dan juga apa juga mendiang Karpal Singh selalu cakap, tetapi hakikatnya parti untuk kaum Cina,” jelasnya.

Menjawab soalan katanya, Dyana sudah mengkhianati orang Melayu apabila sudah meningkari janjinya untuk tidak mengkhianati Malaysia dengan kenyataan supaya membuka kemasukkan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak hanya untuk orang Melayu.

Beliau juga menyifatkan, nasihat yang dikeluarkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam selepas selesai proses penamaan calon di Teluk Intan tidak diserap baik oleh anak muda itu.

“Dia sudah menjadi pengkhianat pun pada hakikatnya dengan kenyataan untuk membuka UiTM kepada semua kaum, sebab kerajaan selama ini mengusahakan untuk menyediakan pendidikan kelas pertama kepada kaum Melayu.

“Paling tidak sepatutnya dia fikir berkenaan orang Melayu yang lain, jangan sebab dia sudah ada ijazah dan sudah tidak belajar di situ lagi maka saya tidak perlu fikir lagi berkenaan orang lain,” katanya.




Sementara itu, Naib Canselor UiTM menjelaskan, Penuntut yang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipilih berdasarkan merit dan cukup syarat, bukan berdasarkan fahaman politik dan status keluarga masing-masing, kata Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar


Beliau sekaligus menolak tuduhan liar calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud bahawa hanya anak orang Umno daripada keluarga berada sahaja dipilih memasuki UiTM berbanding anak keluarga bukan daripada parti itu.

UiTM, katanya, mengambil penuntut berdasarkan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan ia tidak boleh membuat pilihan mengikut parti.

“Tuduhan (Dyana Sofya) tidak benar, tidak logik, tidak cerdik dan tidak matang,” katanya Sahol lagi.

“Ada juga yang datang merayu tidak kira siapa (orang Umno atau bukan Umno), ramai anggota parti bukan Umno datang dengan nama-nama untuk diberi tempat dan ada juga pemimpin parti bukan Umno datang minta tolong calon mereka.

Kita terima (rayuan) dan beri tempat berdasarkan merit dan syarat,” katanya. Dyana Sofya, yang juga bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM sebelum ini membuat tuduhan bahawa UiTM universiti itu hanya mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada untuk melanjutkan pelajaran, berbanding penuntut miskin yang lebih layak bukan daripada keluarga anggota Umno.

Sahol Hamid menarik perhatian bahawa UiTM mempunyai program khas anak miskin tegar membabitkan 5,000 penuntut daripada keluarga berpendapatan kurang RM3,000 dipilih mengikuti pengajian di universiti itu.

Beliau berkata statistik juga menunjukkan 65% pengambilan penuntut UiTM terdiri daripada anak keluarga kurang berada.

Katanya, hampir 70% daripada alumni UiTM yang bilangannya hampir mencecah 600,000 datang dari luar bandar dan daripada keluarga tidak mewah.

Sahol Hamid berkata tidak salah untuk mengaitkan UiTM dengan Umno kerana parti itulah yang memperkenalkan UiTM dan ia sehingga kini memberi sokongan berterusan dan menjaga kebajikan institusi itu.

“Mana-mana institusi sepatutnya bertuah untuk mendapat sokongan seumpama itu. UiTM berada pada kedudukannya kini kerana Umno dan tiada siapa boleh menafikan hakikat itu,” katanya.

Naib Canselor itu menegaskan terdapat banyak institusi di Malaysia dan seluruh dunia yang dikaitkan dengan organisasi dan parti politik.
Share this article

3 Komen:

  1. Bersetuju dgn Tunku Aziz bhwa DAP tidak demokratik.Setuju juga dgn Naib Canselor UiTM.

    Dyna tu org politik.Masuk DAP bukan sbb prinsip perjuangan dan ideologi politik demokrasi.Mana dia tau agenda tersebunyi atau hidden agenda DAP.Ucapan beliau pun bercorak fikiran Kit Siang.Dyna telah di "brainwashed" oleh majikannya.

    Dyna masih cetek dlm politik.Kena belajar dan banyak membaca.Keluarlah drp persepsi DAP baik utk Melayu.Sejarah tidak berbohong.

    BalasPadam
  2. Biol ke apa orang tua-tua ni?

    Tak kan mengundi Pendatang Komunis Cinabeng beragama Keristian pemakan Babi Dan bela anjing kat rumah. Bendera Gerakan kan berkibar dengan penyapu kat gambar rusuhan Mei 13 dahulu?

    Siapa yang buta mata, pekak Dan hilang jatidiri Bangsa Melayu?

    BalasPadam
  3. Nak jadi calun tak kesahlah tapi bila buka mulut sila dapatkan fakta2 betul daripada rekaan.
    Anyhow, kebanyakan anak2 orang yang kaya dan berada memilih IPTS daripada masuk ke UiTM... bukan maknya takde yg masuk UiTM tapi dari apa yang calon budak DAP nih cakap tentang kemasukkan ke UiTM tuh faktanya tak betul dan UITM bukan hanya utk Melayu tapi dia lupa UiTM sebenarnya juga terbuka utk semua BUMIPUTRA ...aduhai Dyana....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top