Putrajaya- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah merasmikan dan melancarkan segmen 'Apa Kabar Bro' bertempat di khemah pameran Hal Ehwal Luar Bandar (HELB) pada jam 12.45 tengah hari tadi. Beliau yang diiringi Ketua Biro HELB saudara Anuar Manap turut bersama usahawan-usahawan belia sempena Festival Belia Putrajaya 2014.
Khairy semasa ucapan perasmian berkata belia digesa supaya meneroka peluang yang ada dalam bidang usahawan kerana bidang ini sangat luas dan boleh memberi pendapatan yang lumayan. Pelbagai aktiviti diadakan di khemah pameran HELB seperti seminar dan ceramah perniagaan.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....